berita

Anak Derita Cerebral Palsy Akibat Pengasuh Biarkan Anak Menangis Lama, Mungkin Dilambung

April 22nd, 2021 | by Iera Zahirah
Kini Trending

Menjadi ibu bapa memang banyak cabaran. Apatah lagi terpaksa meninggalkan anak kepada pengasuh atau menghantar ke pusat jagaan demi mencari rezeki buat keluarga. Kepercayaan sepenuhnya diberikan mereka untuk menjaga anak-anak dengan baik.

Anak lelaki menghidap penyakit Celebral Palsy

Menerusi video yang tular di media sosial dikongsikan oleh Linda di akaun TikToknya, dia berkongsi mengenai kisah bagaimana anak lelakinya Azfar yang berumur 13 tahun disahkan menghidap penyakit Celebral Palsy.

Walaupun kini anaknya itu sudah berada di Tingkatan 1, namun peristiwa hitam yang berlaku lebih kurang 13 tahun lalu masih terasa sehingga ke hari ini.

Anaknya dilahirkan secara normal tetapi pada usia tiga bulan Azfar telah dimasukkan ke pusat perubatan. Ketika itu, doktor telah mengesahkan anaknya itu mengalami pendarahan sehingga menyebabkan otaknya jadi bengkak.

Dipercayai dilambung dan dibiarkan menangis lama

Doktor mempercayai punca Azfar jadi sebegitu kerana dia mungkin dilambung dan dibiarkan menangis lama oleh pengasuhnya.

Biarpun sudah mencuba pelbagai rawatan termasuklah melakukan pembedahan, namun anaknya masih tidak dapat berjalan dan melihat secara normal serta pembelajarannya terbantut. Meskipun banyak perkara telah terjadi, tetapi Linda telah menarik laporan polis kerana pihak polis mengatakan pengasuh berkenaan mengalami depression.

Kakak yang beli tudung Linda tu kenal dia sebab kes Azfar. Linda tanya makcik tu ada lagi ke tak. Dia kata ada. Linda bagitahu Azfar pasal kejadian tu, Azfar bagitahu dia maafkan nenek.

‘Anak Syurga ibu insyaallah’

@medinascarveAnak Syurga Ibu Insyallah ##fyp ##fyp?? Rindu setengah mati cover by ramadanramli – ?????

@medinascarveAnak syurga ibu Part 2 @nurulayuni98 ##fyp? ##fyp? Rindu setengah mati cover by ramadanramli – ?????

@medinascarveBalas kepada @erinjalal memaafkan lebih baik ##fyp ##fyp?? original sound – ?B E Y B Y? – Tik Toker

Sumber : medinascarve

SKIP THIS AD ×