berita

Anak Dijangkiti Influenza? Wanita Kongsi Langkah Penting Jaga Anak Sehingga Sembuh

January 14th, 2020 | by Arini Saleh
Kesihatan & Hidup Aktif

Jangkitan virus influenza yang semakin serius sehingga membawa kematian benar-benar merungsingkan ibu bapa. Demam bawaan ini adalah lebih serius jika dibandingkan dengan demam biasa. Anak-anak yang dijangkiti kebiasaannya akan demam berpanjangan, batuk, sakit tekak, sakit otot, cirit birit dan sebagainya.

Oleh itu, langkah penjagaan secara terperinci adalah sangat penting untuk merawat pesakit yang dijangkiti influenza ini. Di Facebook, Rosmarlina Binti Abd Gani yang menetap di Jepun berkongsi panduan penting menjaga anak sehingga sembuh.

Pakai mask, kumur mulut

Masa maryam kena influenza type A

Langkah-langkah jika anak anda terkena jangkitan influenza.

1. Pakai kan mask pada anak yang terkena demam inflenza tu, kalau boleh semua anggota keluarga juga pakai mask.

2. Beli hand sanitizer dan sentiasa basuh tangan anda dengan sabun khas antibacteria.

3. Bila masuk rumah kumur mulut sekurang-kurangnya dua kali dan basuh tangan menggunakan sabun tangan antibacteria.

4. Minum air yang banyak, kalau boleh minum air sport drink macam aquarius atau pocari sweat (ada jual kat shopee).

5. Mandi sekali sehari untuk redakan panas dalam badan.

Jangan kongsi makanan dan perkakas

6. Pakaikan juga cool fever jika perlu. Tukar yang baru jika dah guna lebih dr 8jam.

7. Jangan kongsi makanan, minuman, cawan, sudu, pinggan dengan anak yang dijangkiti influenza.

8. Kuaratin duduk di rumah sahaja.

9. Jauhkan pergi ke tempat awam atau ramai orang.

10. Pastikan jika merawat anak yang sakit di rumah kita sebagai mak atau ahli keluarga yang masih sihat kena selalu basuh tangan. Jika perlu pakai juga mask.

11. Makanan yang disarankan makan ialah nasi putih, bubur nasi, buah apple, pisang, biskut tawar dan cereal.

12. Yang ni optional, kalau ada kat rumah air filter humidifier tu lagi bagus.

13. Jika dah lebih dari tiga hari dengan suhu 38.5c ke atas pergilah hospital utk rawatan lebih lanjut.

14. Rehat yang mencukupi dan makanlah ubat yang disarankan oleh doktor.

Pantau suhu badan, 2 jam sekali

15. Pantau suhu anak yang demam dengan mencatat suhu dengan termometer, check kalau boleh 2 jam sekali.

16. Anak akan mengerang sesekali meracau ketika tidur atau seakan terkejut-kejut ketika tidur. Tenangkan anak dan pujuk dengan baik jika perlu.

17. Anak juga mungkin muntah, basuh tempat muntah tadi dengan bersih dan lap dengan air suam atau spray dengan sabun antibacteria.

19. Pakaikan baju yang anak-anak selesa, jangan terlalu tebal atau terlalu nipis.

20. Pakaikan stokin jika perlu.

Akhir sekali untuk yang belum terkena demam influenza, ambil vaksin influenza di klinik berdekatan.

Sekadar bekongsi dari pengalaman sendiri menjaga anak-anak dirumah disebabkan demam influenza.

Dari
Ros ( mom of 5 kids)
Osaka
Jepun

Sumber : Rosmarlina Abd Gani

The following two tabs change content below.