berita

Anak Dirogol & Dibunuh, Ibu Balas Dendam Kerat Alat Sulit Suspek

November 22nd, 2019 | by Shahira
Kini Trending

Di Afrika Selatan, seorang wanita dihadapkan ke mahkamah atas pertuduhan memotong kemaluan seorang lelaki. Tertuduh yang dikenali dengan nama Veronique Makwena itu didakwa melakukan perkara itu selepas dia mengesyaki anak perempuannya telah dirogol dan dibunuh oleh lelaki tersebut.

Tubuh berlumuran darah, tidak bernyawa

Menerusi News24, Chantelle yang berusia 5 tahun itu dikatakan telah hilang dari rumahnya di Port Elizabeth ketika Makwena dan adiknya itu pergi kedai yang terletak agak jauh dari rumah mereka. Kanak-kanak itu kemudian ditinggalkan di bawah jagaan rakan mereka sebelum dia didapati telah hilang.

Saya tinggalkan dia dibawah rakan saya yang tinggal bersama kami kerana Chantelle pada ketika itu tidak sihat. Saya dan kakak kemudian pergi ke kedai yang terletak jauh daripada rumah.

Dan apabila kami pulang pada waktu malam itu, anak saya sudah tiada dirumah tersebut.

Walaupun sudah cuba mencari dan menjejaki anaknya itu, tetapi malang pencariannya itu tidak berjaya sehinggalah pada keesokan harinya Chantelle ditemui bapanya di dalam salah sebuah tandas awam dengan keadaan tubuhnya yang berlumuran darah. Apa yang lebih menyedihkan apabila mereka menemui kanak-kanak itu dalam keadaannya yang tidak bernyawa.

Anak saya sudah tiada. Ketika kami keluar mencarinya sepanjang malam, dia terdampar kesejukan dalam tandas yang sejuk. Hati saya hancur.

Apa yang meragukan difikiran saya adalah saya melihat kasut Chantelle berada atas lantai sedangkan anaknya itu tidak pernah keluar rumah tanpa memakai kasut.

Lelaki diserang dan dipotong kemaluannya

Menerusi laporan Daily Mail, berang dengan keadaan itu, Makwena bersama-sama dengan kakaknya, Noxolo Maleni dan rakan mereka, Siyabonga Pakade kemudian bertindak menyerang dan cuba membunuh seorang lelaki berusia dalam lingkungan 20-an itu. Mereka bertiga dikatakan cuba memotong kemaluan lelaki tersebut kerana mengesyaki individu itu merupakan dalang yang merogol serta membunuh Chantelle.

Selepas diserang oleh ketiga-tiga wanita tersebut, lelaki itu kemudian dikejarkan ke hospital untuk melakukan pembedahan untuk menyambungkan alat sulitnya semula.

Sementara itu, Peguam Fundile Matoto yang mewakili wanita tersebut meminta agar tuduhan itu dapat diringankan. Walau bagaimanapun, kes ini telah ditangguhkan oleh hakim mahkamah sehingga Februari tahun hadapan bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan.

Sumber: News24, Daily Mail, Berita Harian

SKIP THIS AD ×