berita

Anak Ditampar Ketika Cuba Leraikan Pergaduhan, Suami Pelakon Ditahan Polis

November 3rd, 2021 | by Zulaikha
Kini Trending

Sekadar gambar hiasan

Gara-gara dipercayai menampar anak perempuan berusia sembilan tahun, suami kepada seorang pelakon telah ditahan polis di sebuah rumah di daerah Wangsa Maju, semalam.

Ditahan polis

Sekadar gambar hiasan

Menerusi laporan yang dipetik daripada Utusan Malaysia, lelaki berkenaan yang berusia 30-an telah ditahan susulan pihak polis menerima laporan berhubung kejadian tersebut Ahad yang lalu. Ujar Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintenden Ashari Abu Samah menerusi siasatan awal mendapati kejadian tersebut berlaku ketika suspek dipercayai sedang mabuk dan bergaduh dengan isterinya.

Mengulas lebih lanjut, anak pasangan tersebut yang dipercayai cuba meleraikan pergaduhan tersebut dikatakan telah ditampar oleh suspek.

Pegawai penyiasat telah mengambil keterangan pelakon wanita tersebut manakala suspek ditahan reman tiga hari hingga Jumaat ini bagi membantu siasatan. Bagaimanapun, pasangan suami isteri berkenaan tidak mahu memperbesarkan isu tersebut.

Kes tersebut disisat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan Seksyen 18 Akta Keganasan Rumah Tangga.

Artikel asal daripada Utusan Malaysia. Ikuti berita terkini dalam dan luar negara di portal Utusan Malaysia

SKIP THIS AD ×