berita

Anak Gabenor Indonesia Hilang Sebelum Ditemui Lemas, Kekasih Titip Ucapan Sayu – ‘Saya Janji Akan Cari Kebahagiaan Sendiri’

June 15th, 2022 | by Zulaikha
Kini Trending

Bukan mudah bagi Nabila Ishma, kekasih kepada arwah Emmeril Kahn Mumtadz (Eril) selepas mengetahui insan tersayang pergi buat selama-lamanya selepas 14 hari dilaporkan hilang sebelum pihak polis Switzerland berjaya menjumpai jasad Emmeril dalam keadaan terapung dan tidak bernyawa.

Artikel Berkaitan: Jasad Emmeril Ditemui Selepas 14 Hari, Gabenor Indonesia Bersyukur Dapat Peluk & Azan Anak Buat Kali Terakhir

Ucapan selamat tinggal

Foto: Tribun News

Ucapan selamat tinggal yang dimuat naik oleh gadis ini kepada putera sulung Gabenor Jawa Barat, mencuri perhatian ramai dan menerusi catatan tersebut dia mengucapkan terima kasih buat arwah sepanjang tempoh mereka bercinta dan berjanji akan mencari kebahagiaan selepas ini.

Semoga anda sentiasa tenang di sana. Kini, anda tidak perlu bimbang tentang apa-apa lagi.

Saya berjanji akan mencari kebahagiaan sendiri selepas ini kerana saya yakin, itu yang anda mahukan untuk saya. Selamat beristirahat, Eril.

Dalam pada itu, nenek kepada kepada Eril, Tjutju Sukaesih meluahkan rasa syukur berikutan cucunya selamat dikebumikan di tanah air. Ujar Tjutju, sepanjang proses pencarian dilakukan dia berdoa kepada Allah S.W.T. agar dipermudahkan untuk arwah disemadikan di Indonesia.

Alhamdulillah, Allah mendengar doa saya dan jenazah Eril dikebumikan di Indonesia.

Terdahulu, Eril, 23, dilaporkan meninggal dunia selepas hanyut ketika mandi Sungai Bern sebelum ditemui terapung di permukaan air pada 6.05 pagi pada hari Rabu waktu tempatan di kawasan empangan Engehalde.

Sumber: Tribun News

SKIP THIS AD ×