berita

Anak Hampir Meninggal Dunia & Teringin Miliki Zuriat, Keluarga Tuntut ‘Sperma’ Sebab Nak Waris

December 2nd, 2022 | by Shahira
Kini Trending

Sekadar gambar hiasan

Mahkamah Perlindungan di United Kingdom menolak tuntutan suami isteri yang mahu menggunakan sperma anak lelaki mereka bagi menunaikan permintaan ‘terakhir’ pemuda itu yang mahu memiliki zuriat. Keputusan tersebut dibuat berikutan keadaan anak mereka pada ketika itu agak membimbangkan dan hampir meninggal dunia.

Nak ambil & simpan ‘sperma’ anak

Sekadar gambar hiasan

Memetik laporan Daily Mail, pemuda dari United Kingdom terbabit dikatakan rebah ketika bersukan akibat angin ahmar. Mangsa, 22 tahun yang berada dalam keadaan koma kemudian ditempatkan di unit rawatan rapi. Susulan keadaan kesihatan mangsa agak merosot, ibu bapa mangsa nekad mahu mengambil sperma anak lelaki mereka dan menyimpannya secara sah supaya boleh digunakan pada masa hadapan untuk kelahiran bayi. Menurut si bapa, anak lelakinya itu mempunyai keinginan untuk memiliki zuriat sendiri. Malah mereka juga berjanji akan membesarkan anak tersebut.

Teman wanitanya yang mengetahui permohonan ini juga menyatakan hasrat untuk hamilkan anaknya.

Namun mahkamah menolak tuntutan tersebut dan mendakwa tiada bukti yang menunjukkan bahawa pemuda terbabit bersetuju atau membenarkan spermanya diambil. Menurut sumber, perincian kes itu dikeluarkan pada Khamis lalu apabila keputusan bertulis hakim diterbitkan, manakala pemuda itu dilaporkan sudah meninggal dunia.

Sumber: Daily Mail

SKIP THIS AD ×