berita

Anak Hidap Sakit ‘Tumor Wilms’, Ibu Mohon Bantuan Kewangan Bayar Kos Rawatan

December 7th, 2019 | by Shahira
Kini Trending

Tidak dapat dibayangkan perasaan seorang ibu apabila anak yang dikandung selama 9 bulan menghidapi sakit kronik dan keadaan kesihatan anak ini dilihat semakin serius. Tambah perit lagi, apabila keadaan kewangan keluarga tidak mencukupi untuk menampung perbelanjaan rawatan hospital yang tinggi.

Seperti nasib seorang ibu muda, Zairazma memiliki seorang anak penghidap Tumor Wilms atau lazimnya turut disebut nephroblastoma iaitu ketumbuhan di buah pinggang. Tumor ini menyebabkan gejala seperti lebam di dalam perut. Ia juga disertai gejala seperti demam, sakit, mual dan selera makan yang rendah.

Hidap kanser Wilms Tumour

Pada tanggal 29 Februari 2018 Adik Mohd Alif Nasrulhuq bin Rosmadi disahkan menghidap kanser buah pinggang sebelah kiri tahap 3. Luluh hati kami sekeluarga mendengar perkhabaran seperti itu. Kemudian pada 11 Mac 2018, adik Aliff dikehendaki untuk melalui proses pembedahan pembuangan buah pinggang sebelah kiri kerana kanser sudah pun merebak dan meroskkan buah pinggang sebelah kiri adik Alif. Kami dengan berat hati dan redha hanya berserah kepada Allah.

Selepas pembedahan buah pinggang sebelah kiri, doktor memaklumkan bahawa limpa adik Alif juga terpaksa dibuang kerana sel kanser nya sudah merebak dan limpa terpaksa dipotong keluar bersama buah pinggang sebelah kiri. Ketumbuhan bersalut buah pinggang dan limpa.

Adik Alif merupakan penghidap kanser Wilms Tumour iaitu kanser buah pinggang kronik stage 4. Adik Alif sekarang ini sekarang menjalani rawatan di Hospital Universiti Sains Malaysia, Subang Kerian untuk sesi kimoterapi. Anak saya telah membuat pembedahan yang besar iaitu membuang buah pinggang belah kiri dan limpa.

Hulurkan bantuan, ringankan beban

Sehubungan itu, saya tidak lagi dapat menampung kos-kos ulang alik kerap ke hospital. Saya merupakan seorang ibu yang tidak bekerja hanya melakukan dropship sahaja. Suami berkerja tetapi pendapatan banya sekadar RM1k denga menyara 2 lagi anak yang bersekolah. Bantuan dari segi PeKa sekadar RM100 dan JKM RM150 sahaja itu pun tidak mencukupi dari segi kewangan.

Disebabkan ada kitaran kimoterapi yang banyak menyebabkan perlu berulang alik ke hospital yang memerlukan perbelanjaan yang banyak dan bil hospital pun banyak yang tertunggak. Dengan ini saya merayu agar warga Facebook atau mana-mana badan yang dapat membantu sedikit sebanyak kos rawatan Alif selama sesi kimoterapi. Jika tidak dapat membantu dari segi kewangan bantu dengan share post ini sudah memandai bagi saya.

Buat anda yang ingin menghulurkan bantuan kewangan kepada keluarga ini, boleh berbuat sedemikian kepada: 7620871090 (CIMB) – Zairazma Bte Ghani.

Semoga urusan adik Aliff sekeluarga dipermudahkan dan anak kecil ini diberi kesembuhan supaya dapat menjalani kehidupan seperti kanak-kanak lain.

Sumber: Zairazama

SKIP THIS AD ×