Seorang wanita di Ohio didakwa membunuh ibunya menggunakan kuali besi dan menikam leher mangsa berkali-kali dengan sebilah pisau pada pada 3 Mac 2020.
Artikel Berkaitan: Letak Kadar Faedah Tinggi, Lelaki Nekad Bunuh Ibu Kawan Sendiri
Tikam di leher
Memetik laporan New York Post, seorang wanita berusia 19 tahun didakwa membunuh ibunya dengan memukul menggunakan kuali besi lalu mengambil pisau dan menikamnya berkali-kali pada bahagian leher mangsa sebanyak 30 tusukan.
Kemudian, mangsa yang dikenali sebagai Brenda Powell, 50, ditemui pihak polis dalam kecederaan kritikal pada bahagian lehernya dan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital.
Difahamkan, suspek bertindak sedemikian kerana tidak mahu rahasianya terbongkar selepas mangsa mengetahui dia telah dibuang kolej.
Menurut pendakwa raya iaitu Brian Stano, tindakan suspek kelihatan seperti ingin menamatkan nyawa ibunya.
Sydney berhenti menyerang dengan kuali, mungkin pergi ke dapur dengan pisau. Dia terpaksa menukar senjata dan terus menyerangnya.
Hanya pisau di leher beberapa kali? Itu bermatlamat. Dia cuba untuk menamatkan nyawa seseorang.
Susulan kejadian itu, suspek didapati bersalah dan boleh menerima maksimum penjara seumur hidup atau selama 15 tahun.
Sumber: New York Post