
Seorang individu meluahkan rasa kecewa dengan sikap bapanya yang baran sehingga didakwa sanggup memukulnya.
Artikel Berkaitan: ‘Diceraikan Kerana Sikap Baran, Saya Sedar Bila Semuanya Dah Terlambat’
Luahan anak

Menerusi hantaran di Threads, individu tersebut mendedahkan bapanya berang hanya kerana dia belum mahir untuk parkir kenderaan.
Menurut individu tersebut, dia mendakwa bapanya tidak mampu menahan sabar lalu melakukan kekerasan terhadapnya.
Hanya disebabkan saya tak reti parkir mengundur, ayah saya hentak kepala saya dekat stereng sebab dia baran dengan saya walhal saya baru je nak belajar memandu dan saya tak pernah langgar atau calarkan kereta sesiapa.
Individu menyifatkan bapanya sebagai seorang yang baik, namun berubah sikap apabila berada dalam keadaan marah.
Saya tak minta simpati sesiapa, saya cuma hanya mahu meluah yang saya sangat sedih dan kecewa mempunyai seorang lelaki bergelar ayah sebegini.
Ayah saya seorang yang baik cuma bila dia tengah baran, dia lupa saya ini seorang anak perempuan yang dia pernah sayang sebelum ini.
Walau bagaimanapun, individu tersebut tetap reda dengan keadaan tersebut namun dia masih menyimpan harapan agar bapanya berubah suatu hari nanti.
Tak apalah, saya dah reda mungkin saya tak berpeluang merasai kasih sayang dari seorang bapa sepenuhnya.
Saya sentiasa berdoa agar ayah saya mampu berubah sebelum kami pergi dari hidup dia sepenuhnya.
Sumber: Threads





![[VIDEO] ‘Saya Harap Kebenaran Akan Berpihak Kepada Kami’ – Caprice](https://asset.ohbulan.com/2026/08/caprice-3.jpg)

