Pusar dua di kepala sering kali dikaitkan dengan sikap nakal dan degil anak. Mitos pusar melebihi satu ini juga kononnya dikatakan bakal berkahwin ramai dan berkaitan gangguan roh.
Namun sejauh manakah kebenaran mitos tersebut? Baca penerangan doktor Abdul Rahim Nor ini.
Betul atau mitos sahaja?
ILMU SATU, DUA ATAU LEBIH PUSAR DI KEPALA. Artikel 941.
“Betul ke kalau uoll/anak uoll ada dua atau lebih pusar di kepala. Uoll/anak uoll tergolong org yang NAKAL, AKTIF, LIPAS KUDONG, BERMASAALAH /SIKAP NEGATIF? Betul ke atau mitos je?”
A. Mai kita jom check berapa pusar ada di kepala anda, suami anda, bini anda atau kepala anak anda. Orang pompuan susah nak check pusar di kepala mereka sebab rambut mereka panjang. Doc ada SATU pusar di kepala. Hihihi Selamaaaaat. Anda ada berapa ye? Satu ke? Dua ke? Tiga ke atau lebih?? Yang lebih daripada satu……standby
B. Menurut National Human Genome Research Institute: 5% penduduk dunia punyai 2 pusar atau lebih dan ia berkaitan dengan genetik.
Uoll tau dak kepercayaan karut/mitos bila je anda/anak anda ada dua pusar atau lebih di kepala: Ramai bersikap negatif kepada insan tersebut. Kesian dia ni…. Mitos ni wujud pada masyarakat Melayu, Cina, Vietnam, Filipina, Amerika, Portugis dan lain-lain.
Cuba renung mitos-mitos ini
C. Cuba renung mitos-mitos ni bila uoll/anak uoll ada dua atau lebih pusar di kepala:
1. Kalau ada dua pusar atau lebih di kepala anak tu dilabelkan dengan sifat negatif seperti sukar dikawal, jahat, keras kepala, degil tak mahu dengar cakap orang tua dan banyak lagi…. Hihihi kesian kat dia ni… Anak tu di lahir seperti kain putih.. Ibu bapanya je yang mencorakannya.. Bukan?? Bukan bilangan pusar di kepala tu yang tetap kan anak uoll jahat atau baik. Mengapa gang kita yang ada lebih pada 1 pusar di kepala, Baik-baik, BIJAK dan mesra belaka?
2. Dulu Tok Nek doc kata, kalau uoll ada 2 pusar di kepala. Hihihi, mesti kawin 2 bila besar nanti. Kalau 3… Kawin 3. Kalau 4… Cukup le quota… Hihihi. Kesian ramai gang doc yang hanya ada 1 pusar di kepala. Tiada chance nak kahwin lebih daripada 1… Hihihi doc melawak je.
3. Yang doc nak tergelak bila dengar ada kepercayaan yang mengata roh manusia masuk kut pusar di kepala. Kalau ada 2 pusar, 2 roh pi masuk dalam bayi tu. Roh tu bergaduh merebut badan bayi tu. Hihihi. Bila akhirnya roh tu bersatu. Hihi kerana akibat pertembungan roh-roh tu buatkan bayi tu membesar dalam keadaan confuse, keliru, suka berontak, sukar dikawal, degil, jahat dan hyperaktif. Anda percaya ke?? Doc nak tergelak je. Hihihi geli ketiak dengar. Hihihi. Ikut Pakar Paediatrik, perkembangan tingkah laku kanak-kanak bergantung pada perkembangan otak, emosi, alam sekelilingnya dan ibu bapa nya sebagai role model. Dan BUKAN bilangan pusar di kepala.
4. Ada kata kalau lebih 1 pusar…. Ternak binatang menjadi… Terutama Ternak KAMBING. Kalau Ternak lembu. Semua lembu mati berpenyakit. Hihihi. Macam-macam mitos orang ni..
Maklumat mengenai pusar
D. INFO yang doc nak share dengan anda:
1. Pusar rambut di kepala adalah sejenis rambut yang tumbuh mengikut pattern arah jam atau lawan arah jam membulat dengan titik pusat kelihatan ditengah-tengahnya.
2. Pusar ni terjadi kepada manusia atau haiwan yang berbulu, di atas badan & di kepala sejak kita dalam kandungan ibu lagi.
3. Anda/doc mempunyai pusar rambut satu, dua atau lebih mengikut genetik. Dan TIADA ada kaitan langsung menentukan tabiat atau perangai anda/anak anda nakal, keras kepala, baik, bijak dan lain-lain.
4. Bilangan pusar di kepala lebih sukar kelihatan pada wanita yang rambut panjang atau kerinting.
E. Oleh tu doc nasihatkan:
1. Jika anak anda memiliki 2 pusar di kepala, JANGAN le anda risau, mereka tak akan jadi degil dan tak dengar cakap anda kelak. Hihihi.
2. Jika suami anda memiliki 2, 3, atau 4 pusar di kepala, jangan le puan risau, mereka tak akan BERMADU 2,3 atau 4. Hihihi. Tu mungkin jodoh, hidung belang, miang keladi, buaya darat atau rezeki atau jodoh dia. Hihihi. Tau tak anda orang yang ada satu je pusar pun. Tapi bini 2,3 atau 4. Macam mana?
3. Jika isteri anda ada 2 pusar di kepala. Hihihi mungkin jodoh tak panjang. Cerai talak atau cerai mati. Hihihi kalau camni, suaminya umur pendek le. Hihihi. Lagi karut marut nu. Tak masuk akal langsung.
4. Jika TIADA pusar. BOTAK le tu. Hihihi
Semuanya. Mitos belaka. Gurauan orang dulu-dulu dengan bilangan pusar di kepala, terbawa-bawa ke zaman kita. Yang penting didik anak jadi baik, bijak & terbaik jadi anak beriman dan berjaya. Aamiin.
Ada soalan…..doc jawap bila doc lapang. Tk.
**Peringatan:
JANGAN PROMOTE PRODUK anda di artikel kesihatan ni. Anda akan di dakwa KKM.
Drp Dr. Abdul Rahim.
Klinik Abdul Rahim
2-D Pangsapuri Garuda
11900 Bayan Lepas.
Penang.
Tel 04 -6444181
Sumber : Dr Abdul Rahim