
Anak kepada pelakon terkenal era 90-an, Dharma Harun iaitu Muhammad Al Syafiq berkongsi keadaan terkini bapa tercintanya itu menerusi Instagram Story (IGs).
Artikel Berkaitan: Dharma Harun Selesai Lunas Hutang Sewa Rumah Tertunggak, Tak Bercadang Pindah Tempat Tinggal
Dharma semakin kurus
Menerusi perkongsian yang dibuat, Syafiq memuat naik foto bapanya yang sedang duduk di atas kerusi.
Menurut Syafiq, keadaan kesihatan ayahnya semakin merosot serta berat badan ayahnya juga menunjukkan penurunan yang begitu ketara.
Walau bagaimanapun, Syafiq menganggap apa yang berlaku ketika ini adalah ujian untuknya dan Dharma terus kuat.
Ayah saya semakin kurus tapi inilah dugaan kami dengan macam-macam masalah nak hadapi.
Tapi tak apa, setiap masalah dan ujian adalah untuk untuk berjaya dan terus berusaha agar dapat keputusan cemerlang dalam pelajaran agar satu hari nanti dapat kerja yang baik.
Sokongan ramai dan doa yang buat kami masih boleh bernafas dalam ruang udara yang sempit.
Nak bersedih pun buat apa, ikutkan kecil saja dugaan ini. Ramai lagi susah di luar sana, kena bersyukur dan tabah.
‘Janji boleh solat’
Sementara itu, Dharma yang popular menerusi filem ‘Adik Manja’ memaklumkan dia menerima segala ujian dengan hati yang terbuka.
Tak apa, isteri tak ada tetapi Allah ada.
Janji masih boleh solat.
Terdahulu, Dharma dilaporkan sukar bertutur dengan lancar selepas diserang angin ahmar pada 2019.
Dia yang kini tinggal bersama Syafiq dan anak perempuannya juga berhadapan situasi sukar untuk mengingati apa-apa berikutan kesukaran bercakap yang menyebabkan dirinya tidak boleh aktif dalam karier seni sama ada mengarah atau berlakon.
Pada masa sama, dia bergantung pada ubat-ubatan selain perlu membuat latihan bagi menguatkan semula ingatan sebagaimana disarankan doktor.
Sumber: IGs Dharma, Syafiq