berita

Anak Korang Mesti Tak Nak Terlepas Event Menarik Ni, Boleh Enjoy Buat Eksperimen Sains!

December 4th, 2018 | by Aimi Raihana Mudzakir
Shout Out!

Yay! Cuti sekolah dah start!

Happy betul bila cuti sekolah dah mula. Korang yang dah berkeluarga, mesti risau kalau anak-anak bosan cuti sekolah ni. Takkan nak duduk rumah je memanjang. Mesti la nak buat aktiviti menarik.

So, korang dah rancang ke cuti sekolah nanti nak buat apa? Belum? Haa.. Kami nak suggest satu aktiviti menarik untuk anak-anak korang cuti sekolah ni. Sangat berfaedah. Serious tak tipu.

Bawak anak korang ke SkyWorld Gallery, ada benda menarik tau..

 

Adik suka buat eksperimen sains kat sekolah tak?

Cuba tanya soalan ni kat anak korang. Mesti diorang jawab suka. Budak-budak memang seronok kalau dapat buat eksperimen sains ni. Selain menguji minda, aktiviti ni jugak buat anak korang enjoy. Setuju sangat tu!

Kenapa kami cakap pasal eksperimen sains? Kalau korang nak tahu, SkyWorld Gallery akan mengadakan event  menarik sempena musim perayaan, iaitu Christmas Science Experiment. Boleh buat macam-macam eksperimen. Yay!

Kalau korang rasa event ni biasa-biasa, memang silap besar! Korang tahu ke siapa sebenarnya yang handle eksperimen kat SkyWorld Gallery ni? Meh kami bagitahu..

Plantzania buat anak korang enjoy cuti sekolah secara ilmiah

Korang pernah dengar pasal Plantzania tak? Plantzania merupakan pusat edu-eko yang menggabungkan aktiviti outdoor dan alam semulajadi. Plantzania ni pusat sains edu-eko pertama di Malaysia tau. Memang power!

Kali ni, Christmas Science Experiment, SkyWorld Gallery tempah khas Plantzania untuk anak korang. Bukan calang-calang okay! Ramai yang cakap, Plantzania ni kalau ada kat event, selalu buat aktiviti menarik. Memang betul pun.

Banyak eksperimen sains yang berguna, dua sesi pulak tu!

Kalau nak tahu, Christmas Science Experiment  ni ada dua sesi. Korang pergi la dua-dua sekali dengan family korang waktu cuti sekolah nanti. Anak korang pun dapat buat eksperimen sains yang berguna. Kan bagus tu!

Aktiviti di sesi pertama ialah Insta Snow, The Impossible Egg Drop, Straw Rocket, Candy Suck-Up  dan Popsicle Stick Catapult. Aktiviti untuk sesi kedua pulak ialah Ping Pong Bouncer, The Nut Stacker, Stacking Liquids, Cup Stacking  dan DIY Lava Lamp. Seronoknya!

Paling menarik, ada workshop  hebat iaitu Snow Globe dan Sock Dolls Making. Budak-budak confirm  suka. Tengok hasil buatan sendiri, memang puas hati. Entah-entah, korang yang terpegun tengok anak korang. Macam saintis beb!

Kat sini kami sertakan info untuk event  tu. Jangan lupa datang dengan anak-anak ya.

SKYWORLD GALLERY @ SETAPAK

Tarikh: 15 (Sabtu) & 16 Disember 2018 (Ahad)
Masa: 10 pagi – 5 petang
Tempat: SkyWorld Gallery @ Setapak
Alamat: Lot 17899, Jalan Ayer Jerneh, Taman Ayer Panas, 53200 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Wazehttp://bit.ly/2C4PorN
Tel: (03) – 27181711

Untuk maklumat lanjut korang boleh singgah ke Facebook page SkyWorld

RSVP SEKARANG! : http://bit.ly/XMASSS

Ruginya kalau korang tak bawak anak korang pergi event ni. Aktiviti berguna macam ni, kena la dedahkan kat diorang. Biar diorang cuba sesuatu yang baru. Betul tak?

Korang nak info lebih lanjut tentang SkyWorld Gallery, klik je kat sini. Nak tahu update terkini, boleh like  Facebook SkyWorld kat bawah ni ya.

Jom pergi ke SkyWorld Gallery cuti sekolah ni. Anak-anak boleh enjoy  buat eksperimen puas-puas kat situ. Pengalaman berharga ni, mana boleh lepaskan!

Facebook: SkyWorld

SKIP THIS AD ×