berita

Anak Kritikal Selepas Dilahirkan, Wanita Lelong Barang Tampung Kos Pembedahan Anak

May 4th, 2021 | by Zulaikha
Kini Trending

Foto: Ummi Ar Rayyan

Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikulnya, itulah peribahasa yang sesuai menggambarkan situasi sebuah keluarga yang terpaksa mencari dana tambahan bagi menampung kos rawatan anaknya yang baru sahaja berusia 46 hari.

Kisah yang meruntun hati ini diceritakan oleh seorang wanita dikenali sebagai Ummi Ar Rayyan di laman Facebook, dan membuatkan rata-rata warganet berasa sebak akan kisah anak keduanya itu.

‘Ada tak yang nak beli car seat?’

Foto: Ummi Ar Rayyan

Menerusi posting tersebut, wanita ini menawarkan untuk menjual car seat dan beberapa barangan bayi bagi menampung kos rawatan anaknya yang diuji dengan pelbagai penyakit. Difahamkan, segala hasil jualan barangan-barangan tersebut akan diguna pakai bagi menampung kos pembedahan anaknya itu.

 Keputusan MRI scan otak anak saya baru dapat update dari doktor. Hasilnya ada beberapa pendarahan dalam otak anak saya , dan juga saluran air dalam otak tersumbat dan menyebabkan saluran air tu bengkak .Perlukan menjalankan operation untuk keluaran cairan yang tersumbat tu . Anak saya baru berusia 46 hari namun, dah diduga dengan macam-macam penyakit .

Pada masa yang sama, dia turut meminta doa daripada orang ramai supaya anaknya kembali sembuh seperti sedia kala. Berbicara dengan lebih lanjut, wanita ini menjelaskan keadaan anaknya selepas dilahirkan sama sahaja seperti bayi yang lain namun, atas persuratan takdir dia terpaksa akur dan reda dengan apa yang telah terjadi.

‘Misi kena jaga adik 24 jam’

Sekadar gambar hiasan

Jelas wanita ini, anaknya yang dikenali sebagai Sofia merupakan seorang bayi yang sangat aktif seperti bayi-bayi yang lain.

Happy sangat umie waktu lahirkan adik , susukan adik . Tuhan je yang tahu perasaan umie waktu tu macam mana. Namun, apakan daya keesokan harinya doktor pakar datang nak cek SPO2 adik , tapi malangnya spo2 adik tak naik-naik . Naik pun dlm 84% je . Hm risaunyaa umie . So doktor bawa adik pergi wad baby utuk pantau sehari. Tapi masa tu umie yakin yang adik ada masalah nafas laju je sebab mungkin adik dah terberak dalam perut . Umie cuba pikir positif . Umie balik rumah tanpa adik . Sedih sangat-sangat dengan bengkak susu lagi , sebab adik tak susu.

Namun, alangkah terkejutnya wanita ini apabila doktor membuat panggilan telefon dan memberitahu unuk berjumpa bagi menjelaskan apa yang telah berlaku kepada anaknya itu. Pada masa itu, wanita ini sudah meletakkan harapan yang tinggi untuk membawa pulang anaknya ke rumah namun, sangkaannya ketika itu meleset sama sekali.

Tapi bila dah sampai hospital , umie nmpak adik terbujur kaku di katil dengan oksigen kat mulut , wayar hampir penuh satu badan. Adik tak bgerak Doktor beritahu umie yang dah kritikal , sarat , tenat 50-50. Tambahan lagi, doktor cakap adik kena sawan banyak kali. Sehinggakan kena pasang camera kat katil adik untuk pantau sawan adik .

Misi pun kena jaga adik 24 jam. 6 jarum masuk kat setiap badan adik 2 jarum kat kepala , 2 kat tangan , 2 kat kaki . tuk masukkan ubat , darah , air , vitamin macam-macam lagi, bengkak-bengkak badan adik. Banyak sakit yang adik kena tanggung , paru-paru berdarah , usus tersumbat , buah pinggang cedera , macam-macam lagi. Sampai satu masa doktor cakap  hampir semua organ dalaman adik rosak  Allahu .

Sumber: Ummi Ar Rayyan

SKIP THIS AD ×