berita

Anak Lelaki Shah Rukh Khan Ditahan Ketika ‘Berpesta’, Pelbagai Jenis Dadah Ditemukan Di Atas Kapal

October 4th, 2021 | by Shahira
Kini Trending

Anak lelaki kepada bintang Bollywood terkenal, Shah Rukh Khan iaitu Aryan Khan telah ditahan oleh pihak polis Indian dalam satu serbuan parti di atas sebuah kapal persiaran.

Anak Shah Rukh Khan ditahan polis

Memetik laporan India Today, Aryan Khan yang berusia 23 tahun bersama tujuh individu lain telah ditahan oleh Biro Kawalan Narkotik (NCB) yang melakukan penyamaran ketika melakukan serbuan di atas Cordelia ketika kapal itu berlayar menuju ke Goa. Difahamkan, dua daripada individu yang ditahan merupakan pengedar dadah dari Delhi dan Haryana.

Menurut salah seorang pegawai NCB, pihakny menerima maklumat mengenai dakwaan parti dadah yang diadakan di atas kapal terbabit. Oleh itu, mereka menghantar pegawai polis untuk menyamar sebagai penumpang kapal sebelum melakukan serbuan.

Dalam serbuan yang dilakukan, pihak berkuasa berjaya merampas sebanyak 13 gram kokain, 21 gram kanabis, 22 pil methylenedioxymethamphetamine (MDMA) dan 5 gram dadah jenis mephedrone (MD). Aryan Khan bersama suspek lain kini ditahan pihak polis kerana disyaki terbabit menggunakan, membeli dan menjual bahan terlarang. Walau bagaimanapun, siasatan lanjut berhubung kes ini masih dijalankan.

Sumber: Hindustan Times

SKIP THIS AD ×