Seorang pempengaruh (influencer) media sosial meluahkan rasa tidak berpuas hati ketika bertandang ke sebuah restoran bersama ahli keluarga.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Berat Bahu Belah Kanan Dapat Pahala’ – Peniaga Pencuci Mulut Minta Maaf, Tegur Staf Pasar Raya Tak Tolong Angkat Barang
Bungkus makan kat rumah
Menerusi video di TikTok, wanita itu menyatakan anak lelakinya menangis ketika sedang makan namun perbuatan tersebut didakwa telah dipandang serong oleh individu yang turut berada di lokasi sama.
Kesal dengan respon diterima, wanita terbabit menyifatkan anak kecil menangis adalah perkara biasa terutama apabila sudah mula berasa bosan.
Kalau korang pergi makan di kedai makan ada anak kecil menangis ke apa, tolonglah. Tak payah pandang serong ke apa. Kalau korang tak suka dengan suasana bising macam itu, boleh tak korang makan kat rumah saja.
Macam saya ada anak kecil dan anak saudara pun biasalah budak bila dah siap makan dah tak ada benda nak main.
Dalam pada itu, wanita tersebut juga mengingatkan individu yang dianggap tidak ada ‘common sense’ untuk bungkus makanan dan menikmatinya di rumah.
Ini anak saya nangis, sekali depan belakang. Jadi kalau korang rasa tak suka, apa kata korang bungkus makan kat rumah.
Saya cuma nak cakaplah benda itu, tak perlu kot kau setiap kali bunyi anak orang, kau nak pandang macam itu.
Menjengah di ruangan komen, rata-rata pengikut meninggalkan pelbagai respon dan reaksi mengenai kejadian tersebut.
Sehingga artikel ini ditulis, video itu sudah mendapat lebih 300,000 tontonan dan 4,000 komen.
Sumber: TikTok