Zaman sekarang membeli belah dalam talian memang menjadi trend kerana ianya sangat memudahkan serta dapat menjimatkan masa. Yelah, kalau beli barang di pasaraya pun, belum tentu lagi jumpa barang yang dicari. Betul tak? Lebih baik shopping online sahaja, segalanya ada disitu.
Seperti perkongsian lucu wanita ini apabila anak perempuannya yang baru berusia 4 tahun juga sudah pandai shopping online. Namun apa yang memeranjatkan adalah si ibu melihat jumlah yang di maklumat pembayaran terkumpul sehingga RM34K. Aduyai anak-anak..
Barang tak sampai
Bonda kenapa Asha beli barang tak sampai-sampai macam bonda punya barang ? Cuba bonda call. Asha beli dekat mana? Lazada. Bila Asha beli? Dah, Asha dah pilih-pilih Asha dah beli. Confident lain macam ni. Cuba bonda tengok lazada. Cuba bonda call tanya kenapa lambat sampai. Mak oih. Terperanjat mak bila buka cart Lazada.
34 ribu nak oi. Delivery je dah seribu lebih. Nasib baik tak pandai bayor. Tahulah bonda ni ada kilang cop duit. Haha. Sabor ye nak. Tunggu bonda cop duit banyak-banyak. Nanti kite beli. Asha. Orang Lazada kata, mainan habis. Ok bonda nanti Asha beli lagi.
Menurut wanita ini, dia ditanya mengenai barang yang masih belum sampai walaupun sudah dipesan oleh anaknya. Selepas diperiksa, wanita ini terkejut melihat barangan yang telah dimasukkan ke dalam troli aplikasi Lazada. Nasib baik anak tak pandai bayar, kalau tidak habislah duit si ibu.
Wishlist penuh
Dalam pada itu seorang lagi ibu turut berkongsi anak pandai shopping online. Bayangkan penuh dalam troli wishlist barang-barang yang diperlukan. Memang bijak betul budak zaman sekarang.
Nasib tak pandai bayar lagi
Kemain shopping macam orang dewasa
Sumber : Intan Norsyazwani