berita

Anak Meninggal Dunia Akibat Komplikasi, Kurang Asid Folik Sebelum & Ketika Hamil

November 8th, 2019 | by Athirah
Kini Trending

Memiliki seorang cahaya mata yang sempurna dan sihat dari segi mental dan fizikal adalah impian bagi semua pasangan yang telah berkahwin. Namun, tidak semuanya bernasib baik dapat dianugerahkan nikmat seperti itu.

Perkongsian seorang bapa yang telah kehilangan anaknya ini pasti akan menyentuh hati mana-mana insan yang membaca selepas dia kehilangan anaknya kerana satu penyakit sehingga membawa maut.

Mimpi ngeri

Pada hari khamis 4 Julai 2019 merupakan mimpi ngeri buat ibu dan abi. Pada tarikh itu kami membuat temu janji untuk menjalani ujian detail scan bersama doktor pakar dan mendapati anak kami abnormal baby (anencephaly) semasa scan.

Anencephaly adalah baby yang lahir tanpa otak atau kecacatan otak. Otak tak terbentuk dengan sempurna. Baby yang lahir dengan masalah ini sangatlah berisiko. Baby anecephaly tak boleh hidup lama.

Salah satu faktor yang menyumbang kepada keadaan ini adalah kekurangan asid folik sebelum mengandung dan pada awal kandungan.

Doktor bagi masa buat keputusan

Masa scan adik aktif sangat. Siap tendang-tendang lagi perut ibu. Adik macam sorokkan je dekat ibu dan abi masalah adik. Dua orang doktor pakar scan adik untuk sahkan adik anencephaly.

Doktor pakar bagi ibu dan abi dua minggu untuk tenangkan fikiran dan membuat kata putus keputusan kami. Jika bersalin awal ataupun bersalin normal jangka hayat adik tidak tahan lama. Mungkin satu jam dua jam. Ataupun paling lama 2 ke 3 hari.

Kandungan kami semasa detail scan berusia 7 bulan, lagi dua bulan je adik nak due baru dapat tahu adik tak sihat dalam rahim ibu. Due adik dijangka 30 september tetapi kami memilih untuk bersalin awal untuk kebaikan bersama dan tidak sanggup tengok adik sakit.

Siang malam nangis

Susah untuk terima semua ini, ibu siang malam menangis tanpa henti ingatkan keadaan adik. Segala kelengkapan baby sudah kami beli untuk menanti kehadiran adik. Sungguh besar ujian Allah kepada kami.

Selama 5 bulan lebih ibu alahan, makan tak lama terus muntah-muntah. Tiap malam sebelum ibu tidur abi kena gosok belakang baru ibu boleh tidur. Pengalaman ini abi tidak akan lupakan sampai bila-bila.

Kami cuba pergi ke klinik swasta membuat 3D scan untuk mendapatkan kepastian. Tapi sayang adik tak mahu tunjuk wajah adik dekat ibu dan abi. Adik tutup dengan kaki dan tangan adik atas kepala semasa dalam kandungan ibu. Doktor cakap air ketumban sedikit dan menyukarkan ibu melihat dengan lebih jelas. Puas abi usik adik tapi adik tetap tidak mahu tunjuk. Mungkin adik tak nak ibu dan abi sedih tengok keadaan fizikal adik.

Terima kasih Allah

Ibu dan abi terkilan kerana tidak dapat menjaga adik sehingga besar. Adik ialah anugerah terindah abi pernah dapat. Saat-saat bersama adik 7 bulan 2 minggu dalam kandungan ibu takkan pernah abi lupakan. Terima kasih ya Allah bagi pinjam adik dalam rahim ibu selama 30 minggu ini.

Pada 16 julai semasa berjumpa doktor, saya dan isteri bersetuju untuk ditahan di wad dan dimasukkan ubat bagi bersalin awal. Setelah enam hari berada di wad adik baru keluar. Pada 21 Julai tepat pukul 14:10 adik dilahirkan. Alhamdulillah abi orang pertama dapat azankan adik.

Abi bersyukur sangat-sangat dik dapat dengar adik menangis walaupun doktor cakap jangka hayat adik tidak lama. Pada pagi hari ini adik tinggalkan kami pada jam 08:10 pagi. Semangat adik untuk hidup kuat walaupun hanya 18 jam. Terima kasih Allah bagi anugerah terindah buat kami.

Saya menyeru kepada para wanita diluar sana supaya mengambil asid folik sebelum mengandung dan pada awal kandungan sebagai persediaan awal bagi mengelakkan unplanned pregnancy yang lead to komplikasi. Mungkin salah ibu dan abi tak prepare dulu sebelum mengandung.

Abi bersyukur Allah uji ibu dan abi. Allah pilih kami untuk terima ujian yang sebesar ini dan benda yang paling mahal abi dan ibu pernah dapat iaitu anak syurga. Semoga kesedihan ibu dan abi pada hari ini Allah gantikan dengan kebahagian pada hari-hari akan mendatang. Ingatlah Allah sayang kita sebab itu Allah uji kita. Yang penting kita redha dan ikhlas atas setiap ujian yang diberikan. Janji Allah itu pasti.

Sumber:Facebook Warga Kuantan Official