berita

‘Laju Je Air Mata’ – Norman Hakim Hiba Anak Terima Anugerah Hafalan Qasidah Burdah

November 21st, 2018 | by Arini Saleh
Lensa Insta

Mempunyai rupa paras yang cantik seperti ibunya, Marissa Dania Hakim sebelum ini pernah menjadi tumpuan netizen. Semalam, Marissa sekali lagi mendapat pujian kerana berjaya menerima anugerah Hafalan Qasidah Burdah Al-Busiri di Majlis Konvokesyen Al-Quran, Hadith & Turath As-Sofa 2018.

Menerusi laman Instagram, Norman Hakim meluahkan rasa bangga dan teruja dengan anugerah yang diperolehi anaknya itu. Malah difahamkan, anaknya juga merupakan pelajar perempuan pertama berjaya menghafal 160 bait dalam tempoh empat hari.

Anugerah Hafalan Qasidah Burdah

Syukur, gembira, berdebar & hiba

 

View this post on Instagram

 

Majlis Konvokesyen Al-Quran,Hadith & Turath As-Sofa 2018 . . Alhamdulillah hilang dah nerves yeayyy!!!Hahhaha papa dia yg over?Hari ni emosi saya mcm2 ada..syukur,gembira,nerves & hiba . . But honestly yup,more to ‘hiba’..why?Sbb setiap kali nama Rasulullah s.a.w disebut hari ni,setiap kali tu la laju je air mata.Sounds might be over or too much for others but tu la hakikatnya.Saya rindu sangat kat Baginda,tak tahu nak cakap mcmana.Baginda idola Agung pujaan hati saya yang mempunyai 1.8 billion pengikut seluruh dunia hari ni walau Baginda tak pernah ada Facebook ke,Instagram ke,Twitter ke… . . Lagi satu hari ni jugak,anak saya @marissadania_ @marissadaniaaaaa_ Allah s.w.t pilih untuk antara yg menghafal Qasidah Burdah iaitu puisi Agung karya Al-Busiri yang menceritakan ttg betapa sayangnya Rasulullah s.a.w kpd kita semua . . Jom guys hari ni sama2 kita spend time utk lepaskan rindu ni sepuas2nya pada Rasulullah s.a.w,sama2 hadiahkan Al-Fatihah buat Baginda semoga kita sentiasa didalam doa & ingatan Baginda utk sama2 mendapat syafaat Baginda diakhirat tak lama lagi??

A post shared by Khalifah Allah (@normanhakim_786) on

‘Seorang bapa & ibu yang berjaya’

Di ruangan komen, ramai yang tumpang gembira dan kagum dengan pencapaian Marissa. Mereka turut memuji cara didikan yang diberikan Norman Hakim dan Abby Abadi.

Sumber : Instagram Norman Hakim

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×