Zaman teknologi serba canggih ini sangat memudahkan penggunanya, segalanya boleh diakses dengan hanya menggunakan satu ‘klik’. Seorang ibu yang dikenali Sharifah Nur Adleen berkongsi kisah ‘lucu’ apabila anaknya secara tidak sengaja membuat pesanan makanan melalui aplikasi penghantaran makanan.
Kejadian tersebut, terjadi di Kuching, Sarawak.
Nak rasa apa?
Foto: Sharifah Nur Adleen
Rasa nak tetak ka nak nangis ka nak marahh???Anak pun kerjaan..
Order Tom yum sampey 12 igek..dgn sup tulang lagik..kerabu daging jak lagikk..dhla CASH ON DELIVERY dgn FOODPANDA..
Menerusi postingnya di Facebook, anaknya telah membuat pesanan beberapa menu iaitu, 12 tomyam seafood, satu sup tulang lembu, dua kerabu daging, dan empat sup daging. Bayangkan 19 bungkusan makanan yang sampai di pintu depan rumah, hasil angkara anak sendiri. Jumlah kos yang perlu dibayar ketika itu adalah sebanyak RM 226.76 sen yang perlu dijelaskan ketika rider sampai menghantar makanan.
Tidak berakhir di situ, anaknya turut menggunakan perkhidmatan tunai semasa perkhidmatan (COD) ketika pesanan dibuat. Jika menggunakan online banking, besar kemungkinan transaksi tersebut tidak dapat dilakukan kerana memerlukan kata laluan bagi mengakses ke portal bank. Alahai kesian si ibu kan, ish ish ish.
Anda rasa saya ada masa utk sakit kepalaaa???
Si pelaku cilik
Foto: Sharifah Nur Adleen
Si ibu, sempat memuat naik video dan beberapa keping foto anaknya yang telah bertanggungjawab membuat pesanan makanan tersebut.
Reaksi netizen
Perkongsian tersebut telah mendapat perhatian warga netizen yang terhibur dengan apa yang telah terjadi. Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memberikan nasihat supaya ibu-ibu mengambil langkah berjaga-jaga dengan meletakkan kata laluan bagi mengakses aplikasi tersebut supaya anak mereka tidak lagi ‘tersengaja’ membuat pesanan sesuka hati.
Tambahan pula, terdapat satu komen yang menyatakan makanan tersebut dapat dijadikan menu buat mereka sekeluarga untuk seminggu. Alahai adik, buat hal lah!
Sumber: Sharifah Nur Adleen