berita

Anak Pengasas Kosmetik Terkenal Mengaku Tak Bersalah Ugut Bunuh Bapa Tiri

July 1st, 2020 | by Azizi Rahman
Kini Trending

Anak kepada pengusaha kosmetik terkenal, DNARS didakwa telah mengeluarkan ugutan bunuh terhadap bapa tirinya. Menerusi laporan Berita Harian, ugutan itu dipercayai dihantar melalui aplikasi WhatsApp pada Jun lalu.

Mengaku tidak bersalah

Papa ingat deh kalau adik ore mati ore gi pancung blako.

Walau bagaimanapun, tertuduh Mohd Aqbar Hakim Jasman mengaku tidak bersalah dan mohon untuk dibicarakan sebaik pertuduhan terhadap dirinya dibaca di hadapan Majistret S Mageswary. Mohd Aqbar merupakan anak sulung kepada pengasas produk kecantikan DNARS didakwa melakukan kesalahan di pusat membeli belah Pavilion, Jalan Bukit Bintang pada 15 Jun, jam 8.45 malam.

Hubungan renggang dengan mangsa

Pengadu dalam kes ini adalah bapa tiri tertuduh dan hubungan mereka menjadi renggang selepas beliau berkahwin lain.

Menurut Izzat Nordin selaku peguam tertuduh memohon agar anak guamnya dibenarkan untuk dijamin antara RM2500 dan RM3000 dengan alasan tiada risiko melarikan diri. Dengan itu, mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM4000 dengan seorang penjamin dan dilarang menganggu mangsa sehingga kes selesai serta menetapkan 7 Ogos ini untuk sebutan semula kes.

Sumber: Berita Harian

The following two tabs change content below.

Azizi Rahman

Content Champion at Rev Asia Berhad
Semoga dunia kembali pulih!

SKIP THIS AD ×