berita

Anak Perempuan Menteri Pendidikan Cemerlang, Peroleh 9A Dalam SPM

June 8th, 2023 | by Amirul Ilyasha
Kini Trending

Gambar sekadar hiasan

Hari ini merupakan tarikh keramat buat anak-anak kelahiran tahun 2005 apabila keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) diumumkan.

Artikel Berkaitan: Pelajar SPM Kecewa Ibu Tak Puas Hati Dapat 12A, Siap Tanya – ‘Kenapa Sikit Sangat A?’

Anak Menteri Pendidikan dapat 9A

Dalam pada itu, anak Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek iaitu Thurayya Fadhilah Mohd Fadzli, 18, juga merupakan antara pelajar yang hadir ke sekolah untuk menerima keputusan SPM.

Memetik laporan Harian Metro, meskipun sibuk dengan kerjayanya sebagai seorang pemimpin, itu tidak menghalang Fadhlina untuk hadir bagi meraikan keputusan SPM anaknya itu di Sekolah Menengah Agama (SMA) Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP).

Difahamkan meskipun berstatus sebagai seorang Menteri, Fadhlina dilihat memilih untuk duduk di tempat duduk ibu bapa dan bukannya di kerusi tetamu kenamaan.

Lebih mengagumkan Thurayya yang juga pelajar di sekolah itu meraih keputusan cemerlang iaitu 9A 2B+.

Sekadar info, keputusan SPM 2022 bagi Wilayah Persekutuan (WP) Kuala Lumpur mencatatkan Gred Purata Negeri (GPN) lebih baik, iaitu 4.75 berbanding 4.81 pada SPM 2021, dengan GPN mengecil sebanyak 0.06 mata.

Sumber: Harian Metro

SKIP THIS AD ×