berita

Anak Pukul Muka Ibu Guna Kunci Stereng Ketika Sedang Nyenyak Tidur

February 22nd, 2024 | by Shahira
Kini Trending

Sekadar gambar hiasan

Seorang lelaki yang disyaki memukul muka ibu kandung sendiri menggunakan kunci stereng akhirnya ditahan polis bagi membantu siasatan.

Pukul ibu guna stereng

Sekadar gambar hiasan

Memetik laporan Harian Metro, insiden cemas itu berlaku ketika mangsa yang berusia 74 tahun sedang tidur di rumahnya Taman Muda Cheras, Kuala Lumpur pada Isnin.

Menurut Ketua Polis Daerah Ampang Jaya,Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail, motif tertuduh bertindak sedemikian disebabkan berang kerana mangsa telah meletakkan rak kasut sehingga menghalang laluannya.

Jam 12.30 tengah malam kelmarin (Isnin) ketika mangsa sedang tidur dipukul oleh suspek menggunakan kunci stereng.

Seorang lagi anak mangsa yang cuba meleraikan kejadian itu turut ditumbuk oleh suspek.

Hasil siasatan awal mendapati tertuduh, 36, juga mempunyai hubungan kurang baik dengan ibunya sejak sedekad lalu. Difahamkan, mangsa mengalami kecederaan pada bahagian kepala dan patah dua gigi hadapan.

Tertuduh direman tujuh hari bagi membantu siasatan dan hasil ujian air kencing mendapati tertuduh tidak berada di bawah pengaruh dadah atau alkohol dan disahkan tidak mengalami gangguan mental.

Jika disabit kesalahan suspek hendaklah dihukum dengan pemenjaraan sehingga dua puluh tahundan hendaklah juga dikenakan denda atau sebat.

Sumber: Harian Metro

SKIP THIS AD ×