berita

Anak Restu Ibu Kandung Kahwin Dengan Kekasih

January 4th, 2023 | by Wani
Kini Trending

Sebelum ini, pernah kecoh mengenai seorang suami ‘kantoi’ mempunyai hubungan sulit bersama ibu mentuanya sendiri.

Namun, kali ini lain pula kisah apabila seorang gadis yang berasal daripada Jakarta, Indonesia itu mengaku sanggup beralah demi perkahwinan ibunya dengan bekas kekasih.

Artikel Berkaitan: Viral Suami Lagi ‘Terliur’ Dengan Ibu Mentua, Kantoi Kena Tangkap Basah.. Rupanya Selalu Bertukar Mesej 18+

Utamakan kebahagian ibu

Sekadar gambar hiasan

Menerusi video yang dimuat naik, gadis yang dikenali sebagai Nanda itu mengundur diri dari hubungan cintanya semata untuk memberi restu kepada ibu kandungnya mengahwini bekas kekasihnya.

Katanya, dia ikhlas melepaskan asalkan ibu bapanya bahagia.

Mengikhlaskan kebahagiaan ibu bapa adalah lebih baik.

Dalam rakaman video tersebut, ibunya dilihat sedang melangsungkan perkahwinan dengan lelaki yang jauh lebih muda. Gadis tersebut tetap mengukir senyuman ketika merakam swafoto bersama ibu dan bekas teman lelakinya.

Meskipun reda, gadis tersebut tetap tidak dapat menahan air mata selepas majlis perkahwinan selesai.

Jadi, siapa lagi yang perlu saya percaya untuk dijadikan suami?

@nndbrliana

#CapCut mengikhlaskan orangtua bahagia itu lebih baik (kata mereka bukan kata saya)

? suara asli – fckubitch – nandaberliana

Sumber: Tiktok @nndbrliana

SKIP THIS AD ×