Pempengaruh, Shaniena Natasya berang apabila dikatakan tiada momen bersama anak kerana membiarkan pembantu menguruskan anaknya yang baru sahaja lahir beberapa hari lalu.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Shaniena Natasya Hadiahkan Emas, Hargai Kerja Keras ‘Maids’ & PA

Artikel Berkaitan: : Jaga Shaniena Natasya & Bayi, Suami Beri ‘Nurse’ Loket Emas 

Ikut cara masing-masing

Menerusi perkongsian di TikTok, Shaniena memuat naik video memaparkan dia pergi ke hospital untuk melakukan pemeriksaan anaknya.

Perkongsian video itu mengundang perhatian warganet selepas melihat pembantu Shaniena mengendong anaknya.

Menurut warganet, sebagai seorang ibu, mereka perlu mempunyai momen tersendiri bersama anak mereka.

Bagaimanapun, Shaniena berkata ia bergantung kepada cara masing-masing kerana dia mempunyai pekerjaan yang perlu dilakukan.

Wahai terpaling mak, tolonglah diam. Awak buat sahaja cara awak.

Awak tahu ke saya tidur pukul berapa? Menyusukan anak pukul berapa?

Yang awak tahu hanya scroll tiktok dan menghakimi orang.

Dalam pada itu, Shaniena turut merasakan komen berkaitan cara penjagaan bayi menjadi lebih teruk apabila dia memilih untuk berdiam diri.

Penat juga kadang-kadang diam macam dipijak-pijak pula.

Anak saya, lantaklah saya nak besarkan dengan pembantu ke atau nak gendong sendiri.

Ya Allah saya betul-betul penat lepas tengok komen ini sebab saya bekerja, berpantang dan jaga baby lagi.

Memang lain emosi.

Sumber: Threads, TikTok