Seorang wanita yang bekerja di sebuah restoran makanan segera tampil menjelaskan situasi sebenar di sebalik video yang memaparkan suaminya bertindak sedemikian, selepas rakaman tersebut mencetuskan pelbagai reaksi dan menjadi perhatian ramai di media sosial.

Artikel Berkaitan: Peniaga Scone Cameron Highland Mohon Maaf, Nafi Hina Golongan B40 – ‘Saya Tidak Lahir Dalam Keluarga Berada’

Artikel Berkaitan: Isteri Berpoligami Akui Bahagia Bila Suami Balik Rumah Madu – ‘Boleh Gantung Kuali & Me Time’

Bukan marah anak

Menerusi satu perkongsian video di Threads, seorang individu yang dikenali sebagai Apaujb memuat naik rakaman suara wanita berkenaan yang menegaskan bahawa kejadian tersebut sebenarnya berlaku kira-kira empat bulan lalu dan hanya kembali ditularkan semula.

Menurut wanita itu, pelbagai dakwaan yang tersebar di media sosial telah ditokok tambah dan tidak menggambarkan situasi sebenar yang berlaku.

Video yang awak tengok itu sebenarnya 4 bulan yang lepas, tapi baru diviralkan.

Benda itu sebenarnya dah ditokok tambah.

Dalam pada itu, dia menjelaskan bahawa anaknya menangis ketika kejadian bukan kerana dimarahi suaminya, sebaliknya akibat terjatuh kerana terdapat batu-batu di kawasan berkenaan.

Anak saya menangis sebenarnya bukan dimarah oleh suami saya.

Tapi anak saya sendiri terjatuh masa itu, sebab di situ ada batu-batu.

Saya ambil terus anak saya, dukung dia, tapi orang kata, ‘Apa, suami awak menengking anak’, padahal tak.

Suara suami saya memang kuat.

Saya dah hidup dengan dia lama, saya tahulah dia punya percakapan macam mana, dan suara dia macam mana.

Tapi orang yang viralkan video itu cakap, suami saya marah, dan macam nak bergaduh.

Dalam masa sama, wanita itu turut menjelaskan bahawa suaminya datang ke tempat kerjanya ketika itu disebabkan kekangan masa yang dihadapi mereka.

Jelasnya lagi, dia terpaksa bekerja lebih masa sehingga jam 7 malam, manakala suaminya pula perlu memulakan syif kerja pada waktu yang sama, menyebabkan lelaki itu meminta agar dia mengambil anak mereka terlebih dahulu sebelum bergegas ke tempat kerja.

Sebenarnya suami saya datang ke tempat kerja saya sebab masa tak mengizinkan.

Suami saya nak masuk kerja pukul 7:00 petang, tapi akak kena kerja lebih masa (OT) sampai pukul 7:00petang juga masa tu.

Sebab itu suami saya kata, saya kena ambil anak dulu, sebab dia nak masuk kerja.

Sumber: Threads