Foto: Anak Sepahkan Apa Hari Ini?
Jika anda seorang pengguna Facebook yang tegar, anda sudah pastinya tahu akan kewujudan kumpulan Anak Sepahkan Apa Hari Ini?. Kumpulan tersebut telah berjaya mempunyai seramai 171k ahli. Menerusi kumpulan tersebut, ibu bapa lazimnya akan berkongsi telatah anak kecil mereka yang mencuit hati.
Seperti perkongsian seorang ibu dikenali sebagai Syera Akarton, menceritakan ‘modus operandi’ yang digunakan olehnya bagi menghalang anaknya daripada sesuka hati membuka peti sejuk. Kalau tengok taktik ni memang kreatif habis!
Biar Mak Long jadi harimau!
Foto: Syera Akarton
Seperti kapsyen yang digunakan, wanita ini menceritakan dia ‘terpaksa’ menggunakan gambar kakak sulungnya yang memakai sheet mask bercorak harimau. Tujuan utama dia mencetak dan melekat gambar kakak sulungnya adalah disebabkan sikap anak-anaknya yang kerap membuka peti ais dengan sengaja.
Alhamdulillah berkat gambar maklong dia.Dah 2 hari budak-budak ni tak main buka tutup pintu ais. Biar maklong kau jadi rimau. Mak dah pencen, tak larat merimau. Biar gambar buat keje gituhh.
Jelasnya lagi, penggunaan gambar tersebut secara tidak langsung berjaya menakutkan anak-anaknya berikutan corak harimau yang disifatkan sebagai haiwan yang ganas. Apa yang lebih menghiburkan apabila terdapat dua keping gambar yang dilekat di sudut atas dan bawah peti ais tersebut.
Gambar Maklong
Foto: Syera Akarton
Malahan, wanita ini turut menceritakan kakaknya sama sekali tidak kisah jika dia menggunakan gambar tersebut bagi menakutkan anak-anaknya.
Maklong kasi permission guna gmbr dia untuk tatapan anak-anak. Maklong kata beli mask online.
Ini harimau merenung
Posting tersebut juga berjaya memperoleh sebanyak 400 perkongisan dan ratusan komen. Menerusi ruangan komen, rata-rata warganet turut terhibur dengan taktik yang digunakan oleh wanita ini.
Pada masa yang sama, mereka turut meminta izin supaya gambar tersebut dapat juga digunakan bagi menakutkan anak mereka sendiri.
Sumber: Syera Akarton via Anak Sepahkan Apa Hari Ini