berita

Anak Serang Ibu Bapa Guna Pisau Ketika Solat Tarawih, Ada Rekod Mental & Positif Dadah

May 11th, 2021 | by Iera Zahirah
Kini Trending

Sepasang suami isteri berdepan detik cemas apabila anak mereka bertindak menyerang kedua ibu bapanya itu menggunakan dua bilah pisau.

Serang ibu bapa menggunakan dua bilah pisau

Sekadar gambar hiasan

Menurut Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd. Noor, kejadian berlaku pada pukul 9.30 malam ketika ibu bapanya sedang menunaikan solat tarawih secara berjemaah di ruang tamu dan dikatakan suspek telah keluar dari bilik lalu mengambil dua bilah pisau di dapur sebelum menyerang mereka.

Lelaki itu telah menghalakan pisau berkenaan ke arah ibunya sebelum bapa suspek menolaknya bagi mengelakkan mereka dicederakan.

Walau bagaimanapun, pisau berkenaan terkena pada lengan ibunya akibat ingin menghalang dengan menggunakan tangan lalu suspek terjatuh dan tidak melawan selepas itu.

Ibunya terima 10 jahitan pada lengan kiri

Sekadar gambar hiasan

Akibat daripada kejadian berkenaan, ibu suspek yang berumur 56 tahun itu menerima 10 jahitan pada lengan kiri kerana mengalami luka sedalam dua sentimeter dan sepanjang enam sentimeter.

Noorzainy mengatakan bahawa pihak polis telah berjaya menahan lelaki berkenaan di rumahnya pada jam 10.15 malam setelah adik perempuannya membuat laporan kepada pihak polis.

Kita turut merampas dua abilah pisau dapur sepanjang 27 sm dan 31 sm berhulu plastik.

Siasatan lanjut mendapati suspek sebenarnya positif dadah dan mempunyai rekod masalah mental sejak 2016 lagi. Kes berkenaan telah disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan.

Sumber : Kosmo 

SKIP THIS AD ×