

Penyanyi, Syasya Rizal berkongsi telatah anaknya, Muhammad Yassir Hayyan yang kini berusia lima bulan.
Artikel Berkaitan: Syasya Rizal Teruja Beraya Sebagai Isteri & Ibu, Dedah Suami Cerewet Bab Cari Baju Raya – ‘Penyudahnya Beli Online Juga’
Artikel Berkaitan: Syasya Rizal Terkesan Didakwa Hamil Sebelum Nikah, Akan Sedaya Upaya Lindungi Yassir – ‘Cukuplah Sekadar Orang Sekeliling Yang Tahu’
‘Bapak’

Menerusi hantaran di Instagram Story, Syasya, 24, berkongsi klip pendek memaparkan anaknya sudah pandai menyebut perkataan ‘bapak’ (bapa).
Dalam video itu juga, Syasya dilihat mengajar anaknya untuk menyebut perkataan mama (ibu), namun bayi itu tetap berulang kali menyebut ‘bapak’.
Video yang dirakam Syasya ketika berada dalam kereta itu turut mencuit hati suaminya yang berada di sebelah.
Pada 23 Disember tahun lalu, pemilik nama sebenar Afiqah Shahrizal berkongsi berita gembira apabila selamat melahirkan cahaya mata sulung.
Imbas kembali, bekas anggota kumpulan Dolla itu mendirikan rumah tangga dengan Nasrullah Mohd. Sapie pada April 2024.
Sumber: Instagram








