Pelakon, Rita Rudaini menekankan kepentingan meluangkan masa bersama anak-anak berbanding terlalu mengejar kekayaan.

Artikel Berkaitan: Isu ‘Prof Kangkung’: Rita Rudaini Dakwa Difitnah, Fail Pembelaan Di Mahkamah

Artikel Berkaitan: ‘Tugas Saya Sebagai Wanita Adalah Mendidik Generasi Lebih Baik’ – Rita Rudaini

Anak

View on Threads

Menurut Rita atau nama sebenarnya, Rita Rudaini Mohammad Mokhtar, 50, perkara yang paling bermakna bagi anak-anak ialah masa yang diluangkan bersama ibu bapa, bukannya wang ringgit.

Anak-anak tak ingat berapa banyak duit yang kita ada tapi mereka ingat setiap masa yang kita ada bersama mereka.

Bukan tak penting cari duit tapi masa dengan anak-anak itu paling tak ternilai.

Jangan nanti sedar-sedar anak dah besar jadi remaja.

Malah, Rita tidak menafikan kepentingan wang ringgit dalam menjalani kehidupan.

Pun begitu, Rita berharap agar mereka tetap meluangkan masa mencipta kenangan bersama yang dapat dikenang pada masa hadapan.

Duit boleh dicari tapi memori dengan anak-anak sekali pergi takkan kembali.

Jangan terlalu sibuk mengejar duit sampai terlepas momen yang takkan berulang dengan anak-anak.

Suatu hari nanti, rumah akan sunyi, yang tinggal cuma kenangan waktu mereka kecil.

Sumber: Threads