berita

Anak Terjatuh Dari Katil, Ibu Terkejut Kepala Tertusuk Besi Cermin Mata Hingga Tembus Tengkorak

December 8th, 2020 | by Shahira
Kini Trending

Hati ibu mana yang tidak sedih apabila anak yang dikandung selama sembilan bulan terpaksa menanggung sakit ketika usianya masih lagi kecil.

Itulah perasaan yang dialami oleh seorang ibu ini yang dikenali dengan nama Nurull Diyanah apabila terpaksa menerima hakikat bahawa anak lelakinya terpaksa dibedah selepas besi cermin mata tertusuk pada kepalanya.

Besi cermin mata tertusuk kepala

Tragedi subuh. Pukul 6 pagi, jatuh dari katil tertusuk spek mata umie. Biasa tidur letok spek mata tepi bantal. Macam manalah Fateh jatuh katil sedar-sedar sepak dah duduk doket atas kepala. Nok cabut sendiri dia kemah bawak ke KK Paka pah ke Terengganu kena gi. Besi dia pendek jer tapi tembus tengkorak. Nak tak nak kena operate juga sikit takut ada kecederaan bawah tengkorak. Dari bagun tidur sampai malam tak makan benda lagi. Tolong doakan Fateh semoga kuat, selamat dan tiada kemudaratan lain. Amin.

Menerusi perkongsian Nurull Diyanah di Facebook, dia meluahkan rasa sedih dengan nasib yang menimpa anak lelakinya, Fateh. Difahamkan, insiden cemas ini berlaku ketika waktu subuh iaitu sekitar jam 6 pagi.

Tambahnya lagi, Fateh yang sedang tidur secara tiba-tiba telah terjatuh dari katil dan pada ketika itulah besi cermin mata tersebut telah tertusuk di kepala anaknya itu. Susulan daripada insiden itu, Fateh dikatakan akan menjalani pembedahan.

Mula-mula tidur dalam buai

Ginilah pattern Fateh tidur. Kepala telenggok ke belakang. Sebab tulah sampai boleh tertusuk spek mata atas kepala. Kepala jatuh dulu masa jatuh katil. Spek tu mungkin dah jatuh awal atas lantai. Biasa kalau Fateh tidur dengan umie, umie akan letak bahagian dinding. Malam sebelum kejadian tu dia tidur dalam buai. Bangun tengah malam mari naik atas katil. Tidur bahagian tak dinding. Masa mana dia naik atas katil umie pun tak perasan.

Bercerita lanjut mengenai perkara itu, Nurull Diyanah memaklumkan bahawa pada malam sebelum kejadian, anak lelakinya itu tidur di dalam buai. Tetapi tanpa dia sedari, Fateh telah beralih tempat tidur pada waktu tengah malam dan naik atas katilnya.

Namun pada keesokan harinya, Fateh telah terjatuh dari katil dan kepalanya tertusuk besi cermin mata. Hal ini berlaku kerana, cermin mata yang diletakkan oleh Diyanah di tepi bantal kemungkinan telah terjatuh di atas lantai terlebih dahulu. Dalam posting terbaru, Diyanah sempat menasihati orang ramai supaya lebih berhati-hati ketika menyimpan atau memilih jenis cermin mata. Hal ini bagi mengelakkan daripada berlakunya perkara yang tidak diingini.

Sumber: Nurull Diyanah

SKIP THIS AD ×