berita

Anak Ustaz Kazim Elias Peroleh 9A SPM, 4 Subjek A+

June 17th, 2022 | by Hariz
Kini Trending

Cukup meriah media sosial hari ini dengan perkongsian warganet yang berkongsi kegembiraan masing-masing terhadap keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2021.

Turut meraikan kejayaan, penceramah bebas, Datuk Mohd Kazim Elias apabila anaknya memperoleh 9A bagi peperiksaan tersebut.

Peroleh 4A+, 2A, 3A-

Di akaun Instagram miliknya, Mohd Kazim memuat naik slip keputusan SPM 2021 yang memaparkan keputusan semua A untuk sembilan subjek yang diambil, dengan empat subjek meraih A+ iaitu Bahasa Melayu, Pendidikan Islam, Sejarah dan Matematik.

Mohd Kazim menerusi kapsyen hantaran tersebut memanjatkan rasa syukur dan tahniah kepada anaknya, selain berterima kasih kepada tenaga pengajar.

Alhamdulillah. Syukur.

Tahniah kepada anak kelima. Terima kasih kepada cikgu-cikgu

Susulan itu, perkongsian yang telaih meraih lebih 13,000 tanda suka itu dihujani ucapan tahniah buat anak penceramah tersebut.

Sumber: Instagram Dato’ Ustaz Kazim

SKIP THIS AD ×