berita

‘Anaknya Ini Terlalu Aktif, Dia Dicubit Sampai Kulitnya Merah & Lebam-Lebam’ – Doktor

September 2nd, 2020 | by Arini Saleh
Kini Trending

Sejak kebelakangan ini, kes penderaan dalam kalangan anak-anak di pusat asuhan dilihat semakin menjadi-jadi sehingga mendatangkan kecederaan fizikal. Pengasuh yang tidak bertanggungjawab juga melayani anak-anak asuhan dengan kasar sehingga mereka trauma.

Seperti kisah yang dikongsikan doktor Redza Zainol di Facebook, anak kepada rakannya dicubit di bahagian badan sehingga lebam dan kemerahan.

Dicubit badan sampai merah, lebam

Saya betul-betul tergamam bila kawan terdekat saya kongsikan cerita ni. Bulan lepas, dia baru dapat tahu anaknya didera di sebuah pusat asuhan kanak-kanak. Sebab anaknya ni terlalu aktif, dia dicubit di badan sampai kulitnya merah dan lebam-lebam.

Awalnya, dia fikirkan mungkin si kecil tu cuma terjatuh. Langsung tak terdetik fikiran yang bukan-bukan. Tapi lepas salah seorang pengasuh tu akhirnya mengaku dia yang dera, kawan saya ni terus jadi trauma. Hancur hati dia.

Sebenarnya dia paling kecewa sebab dia lambat nak kesan tanda-tanda yang anak dia ni dah didera. Sepanjang minggu, anaknya banyak termenung dan jadi sangat pendiam. Bila berborak, nampak dia tak fokus dan matanya cuma pandang tembus muka mak ayah tanpa perasaan.

Bila dia bersemuka dengan pengasuh, barulah tahu perkara sebenar. Kawan saya ni orangnya berpelajaran tinggi dan memang jaga anak sebaik-baiknya. Yang buat saya sebak bila dia cakap apa guna belajar tinggi-tinggi tapi tak perasan pun anak sendiri kena dera. Allahu, saya cuma mampu mendengar je.

Berkongsi dengan lebih lanjut, rakannya berasa sangat kecewa apabila pengasuh mengaku mendera anaknya. Rakannya juga berasa kesal kerana menyangkakan anak hanya terjatuh.

5 tanda anak didera

Saya nak kongsikan 5 tanda anak kita mungkin didera di tempat asuhan.

Mimpi buruk yang berulang-ulang.
– selalunya anak tak dapat tidur malam yang nyenyak.
– perkara yang menakutkan anak tu sentiasa menghantui anak sampai masuk ke dalam mimpi.

Regress
– maksudnya perkembangan anak tiba-tiba merosot.
– Anak umur 5 tahun, tiba-tiba berperangai macam umur 2-3 tahun.
– Contohnya: terkencing waktu malam, takut pada gelap dan menghisap ibu jari.

Pampers anak sentiasa penuh bila kita ambil anak dari tempat asuhan.
– Boleh jadi pengasuh kita jenis tak prihatin dan jarang tukarkan lampin anak.
– Satu lagi tandanya ialah ruam lampin yang berpanjangan.

Anak tiba-tiba jadi memberontak dan impulsif (sangat kurang sabar).
– ini cara anak melindungi diri sendiri setelah didera berkali-kali.

Menjadi sangat takut bila nak dihantar ke pusat asuhan atau sangat takut bila ditinggalkan seorang diri.
– mak ayah akan perasan anak jadi lebih “clingy” berbanding biasa. Dia akan ikut je mak ayah ke mana-mana.

Bantu saya #sebarkan pada mak ayah yang lain. Biar kita semua jadi lebih peka dengan tanda-tanda kecil ni. Kadang-kadang anak kita tak tahu cara nak mengadu. Kitalah yang kena bantu mereka.

Sumber : Redza Zainol

SKIP THIS AD ×