Usahawan dan pempengaruh popular, Anas Zahrin boleh menarik nafas lega apabila jenama kosmetiknya, ANAS Cosmetics sekali lagi mencatat pencapaian membanggakan di TikTok Shop Malaysia.

Artikel Berkaitan: Jual 1 juta Lipmatte Cosmetics, Anas Zahrin Sumbang RM50,000 Untuk Rakyat Palestin

Artikel Berkaitan: Anas Zahrin Anggap Kemenangan ‘Seller Creator Terbaik Shopee Superstar Awards 2025’ Sebagai Detik Manis Paling Bermakna

’12 juta unit’ – Anas Zahrin

ANAS Cosmetics kekal berada di kedudukan nombor satu TikTok Shop Malaysia dengan jualan hampir 12 juta unit, sekali gus menewaskan beberapa jenama tempatan lain.

Pencapaian tersebut dilaporkan oleh Echotik Blog menerusi laporan bertarikh 8 Julai lalu yang berkongsi data, berita, tips serta strategi berkaitan platform TikTok dan penjanaan kewangan (monetization).

Menurut laporan berkenaan, produk kosmetik dan kecantikan masih antara pilihan ramai pengguna TikTok di seluruh dunia, termasuk jenama seperti Medicube dan Unilever di beberapa pasaran negara lain.

Bagi Anas, pencapaian itu bukan sekadar soal angka jualan, sebaliknya menjadi bukti bahawa produk tempatan juga mampu mendapat tempat dalam pasaran yang semakin kompetitif.

Setiap hari saya tak pernah putus doa mengharapkan perjalanan perniagaan kosmetik dan penjagaan peribadi saya terus memberi manfaat ramai.

Ternyata, di sebalik keadaan ekonomi tidak menentu dan persaingan jualan banyak produk di TikTok, barangan kosmetik keluaran saya masih menjadi pilihan ramai.

Menjadi yang pertama di TikTok Shop itu juga buka tiket untuk saya mendabik dada.

Sebaliknya pencapaian itu menjadi kayu pengukur bahawa memang ada produk keluaran tempatan atau bumiputera yang boleh diterima ramai.

Kita boleh bangga dengan produk keluaran anak tempatan. Jika jenama terkenal luar negara boleh, Kita juga boleh ikut jejak sama atau lebih Baik daripada mereka.

Bukan itu sahaja, jenama kosmetik terbabit turut membawa pulang beberapa pencapaian di TikTok Shop 2026 pada April lalu, termasuk Top 1 Pencipta Kandungan, Top 1 Penjual Tempatan dan Top 3 Penjual bagi kategori kecantikan, kesihatan serta penjagaan peribadi di Malaysia.

Alhamdulilah, saban tahun, saya diiktiraf di TikTok. Usaha Tak pernah mengkhianati hasil. Ungkapan keramat itu takkan lekang dalam diri. Setiap hari menjadi penanda baharu dan motivasi untuk terus maju ke hadapan.

Baru-baru ini, saya juga Cukup teruja kerana mencapai jualan satu juta dalam tempoh sekali penstriman langsung diadakan di TikTok.

Dulu pada awalnya tiada siapa yang percaya, malah ada yang sinis ketawa memandang rendah saat saya jadikan platform TikTok untuk berniaga.

Bahkan akhirnya, saya berjaya buktikan yang platform ini juga boleh menjadi satu medan magnet rezeki untuk saya kongsi dengan semua pihak.

Berkat doa orang sekeliling

Bagi Anas, perjalanan tersebut juga tidak pernah dilalui seorang diri. Dia percaya doa dan sokongan daripada keluarga, khususnya ibunya, menjadi antara kekuatan yang membantu dirinya terus bertahan dalam dunia perniagaan.

Dalam pada itu, pemenang Anugerah TikTok Malaysia 2023 bagi kategori TikTok Shop Creator of The Year turut menyifatkan doa ibunya, Hajjah Hamida Dan, sebagai antara sumber rezeki dalam perjalanan perniagaannya.

Selain doa mak dan keluarga, sahabat tersayang serta staf juga menjadi individu yang tak henti dan tanpa jemu menyokong perniagaan dilakukan ini. Terima kasih tak terhingga dari dalam hati ini.

Doakan saya terus melakar sejarah dan terbang lebih tinggi. Doakan saya di kelilingi orang yang baik baik supaya boleh kongsi rezeki dengan lebih ramai insan.

Semoga Allah SWT terus kurniakan rezeki yang melimpah ruah. Rezeki yang tak putus putus. Bukan saya yang hebat tapi doa mustajab mak yang tak pernah penat dipanjangkan.

Tidak cukup dengan pencapaian sebagai penjual, Anas kini turut diberi kepercayaan oleh TikTok untuk berkongsi pengalaman dengan pencipta kandungan lain.

Anas dilantik sebagai mentor bagi pencipta kandungan dalam program TikTok Shop Creator Icon musim kedua.

Khairul Aming pun bertindak sebagai mentor dalam gerakan diusahakan TikTok itu.

Malah ahli perniagaan hebat juga diundang termasuk Datuk Seri Aliff Syukri sebagai tetamu untuk berkongsi pengalaman mereka.

Daripada sekadar mencuba nasib di TikTok, Anas akhirnya berjaya membina perjalanan perniagaan yang cukup panjang menerusi platform berkenaan.

Kisah ANAS Cosmetics juga secara tidak langsung menunjukkan bagaimana platform media sosial kini bukan sekadar tempat berkongsi kandungan, malah boleh menjadi ruang buat usahawan tempatan mengembangkan perniagaan masing-masing.