berita

‘Anda Boleh Berdakwah, Tapi Dia Tidak Melakukannya’ – Tun M

August 19th, 2019 | by Amat
Isu & Kontroversi

Ekoran dari kenyataan kontroversi dari penceramah bebas, Dr Zakir Naik telah disiasat pihak polis apabila mendapat lebih 100 laporan terhadap beliau. Malah, penceramah itu turut didakwa telah menyebabkan ketegangan kaum di negara ini.

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad tegas menyatakan penceramah dari India itu jelas tindakannya terlibat dengan politik isu perkauman di negara ini.

Dilihat mencampuri isu perkauman

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir berpendapat Dr Zakir Naik telah dilihat masuk campur mengenai isu perkauman. Malah, sebagai individu yang memegang status Penduduk Tetap di negara ini, individu berkenaan tidak boleh terlibat dalam politik di negara ini.

Dia dilihat mencampuri isu perkauman. Polis perlu menyiasat sama ada ia menyebabkan ketegangan, sangat jelas, ya. Apa sahaja tindakan yang akan kita akan ambil adalah berlandaskan kedaulatan undang-undang kerana Kerajaan menghormati undang-undang.

Sebaliknya dia bercakap soal Cina

Dr Mahathir lantang menegur tindakan dan kenyataan yang dibuat Dr Zakir Naik, tempoh hari. Malah, menyifatkan tindakan sedemikian berunsur politik sedangkan Perdana Menteri ini sendiri tidak pernah mengeluarkan kenyataan demikian.

Anda boleh berdakwah, tapi dia tidak melakukannya. Sebaliknya dia bercakap soal Cina untuk balik ke China dan bangsa India balik ke India. Saya tidak pernah cakap sebegitu, tapi dia lakukannya. Itu adalah politik.

Sumber: Astro Awani

SKIP THIS AD ×