berita

Anda Mengusahakan Premis Makanan? BeSS Boleh Bantu Tingkatkan Bisnes Korang. Jom Apply BeSS!

December 20th, 2016 | by Noraniza
Shout Out!

Family running on beach at sunset, rear view

Wahhhh…..seronoknya time cuti sekolah sekarang ni.  Korang gi melancong kat ner tu? Ke ronda-ronda Malaysia je?  Di musim cuti persekolahan macam ni lah yang ramai ambil kesempatan untuk meluangkan masa bersama keluarga yang tersayang.

Ha…di musim ni jugalah yang ramai suka makan kat luar terutama sekali pada hujung minggu.  Tapi bila nak planning makan kat luar je, terfikir nak makan apa, kat mana, restoran ke, gerai kedai ke dan macam-macam lagi.

Hanya pilih je mengikut bajet dan kesukaan keluarga masing-masing.  Ada yang suka makanan Western, masakan kampung, hidangan seafood dan lain-lain.

Eh…jangan tak tau! Sekarang ni orang ramai mula menitikberatkan soal makanan bersih, selamat dan sihat ni tau!  Bila kedai bersih, makanan sihat dan selamat, lagi ramailah orang akan datang kan? Hehe…

Ha..tulah yang BeSS tu!  BeSS ni lah yang menentukan sama ada kedai makanan tu Bersih, Sihat dan Selamat.  Kalau peniaga kedai makan ada sijil BeSS ni, mesti pelanggan yang datang pun akan lebih yakin,  Dah tentu makanan yang dijual pun selamat kerana mempunyai pilihan hidangan yang lebih sihat.

Apa Yang BeSS??????

giphy

Yang bestnya, korang tak dikenakan caj sesen pun.  Malah, korang akan dibimbing sampai dapat sijil BeSS daripada Kementerian Kesihatan Malaysia semuanya secara PERCUMA je! So, apa tunggu lagi? Jom lah apply sijil ni!

screen-shot-2016-12-21-at-1-42-47-pm

Untuk yang mungkin tertanya-tanya macam mana nak apply, meh admin bagitau…

Korang boleh mohon hanya dengan menghubungi ibu pejabat Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, Kementerian Kesihatan Malaysia atau boleh layari laman web http://fsq.moh.gov.my dan FB: BKKMHQ untuk maklumat lanjut.

Ada BeSS, barulah best!

The following two tabs change content below.

Noraniza

Senior Head Of Sponsored Content, Malay Division at Rev Asia Berhad
People will hate you, rate you, shake you and break you. But how strong you stand is what makes you! :)

SKIP THIS AD ×