berita

‘Andai Zulfarhan Masih Hidup, Saya Nak Minta Maaf’ – Bebas Tuduhan Bunuh, Akmal Akhirnya Buka Mulut

August 5th, 2019 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Ternyata tempoh dua tahun yang dilalui Muhammad Akmal Akif Alias, dalam berdepan kes bunuh melibatkan Allahyarham Zulfarhan Osman Zulkarnain, meninggalkan igauan ngeri dalam hidupnya.

Menerusi laporan Mstar, pemuda tersebut diselubungi perasaan takut akibat persepsi segelintir masyarakat walaupun dirinya sudah dibebaskan dari tuduhan berkenaan.

Tempoh yang paling sukar

Menurut Akmal, tempoh dua tahun amatlah sukar buat dirinya walaupun dia tidak bersalah terhadap kes bunuh Zulfarhan. Selagi dirinya mempunyai title dituduh, ianya bukan suatu perkara yang mudah dan sedikit sebanyak meninggalkan kesan kepada keluarganya juga.

Pelbagai kecaman dilemparkan, malahan segelintir masyarakat memandang serong serta mempertikaikan keputusan saya dibebaskan secara mutlak hingga menyebabkan saya masih takut-takut untuk berjumpa dengan orang di luar. Buat masa sekarang, saya hanya berhubung dengan keluarga dan rakan-rakan rapat sahaja. Apa-apa pun, saya bersyukur dikelilingi mereka yang menyayangi saya dan sentiasa positif.

Terpaksa berbohong dan memadam gambar

Tambahnya, dia terpaksa berbohong mengenai hal ehwal universitinya dan memadam gambar-gambar di media sosial gara-gara komen negatif netizen.

Netizen sering mengecam saya terutama di awal kes perbicaraan pada 2017. Saya juga menerima terlalu banyak komen negatif di sosial media sehingga terpaksa membuang gambar-gambar yang mereka komen. Kalau jumpa sesiapa yang tidak mengenali saya, saya akan berbohong yang saya belajar di tempat lain.

Kalau sebut saya belajar di UPNM, mesti mereka akan tanya pasal kes itu. Jadi saya malu sangat-sangat. Tapi yang mana kenal, mereka tahu saya macam mana dan mereka memberi sokongan mral. Mereka juga minta saya supaya banyak-banyak bersabar.

Akmal turut berharap netizen membaca perjalanan kes tersebut dari awal hingga akhir sebelum membuat penilaian.

Rata-rata netizen menilai sesuatu itu dari tajuk sahaja. Lagi bagus kalau mereka pergi sendiri ke mahkamah dan dengar sendiri . Saya pernah berada di tempat tertuduh, dan saya tahu perasaan mereka. Berita yang disiarkan kadang-kadang hanya sebelah pihak sahaja.

Saya nak minta maaf dekat dia

Hubungan Akmal dan arwah Zulfarhan dikategorikan sangat baik walaupun mereka berlainan pengajian. Akmal dan arwah pernah mengambil subjek yang sama dan arwah Zulfarhan banyak membantunya berkaitan subjek tersebut.

Dia tiada apa-apa masalah dengan saya. Bagi saya arwah memang baik. Walaupun kami lain-lain pengajian tapi bila subjek kami satu kelas dia banyak tolong saya. Seandainya arwah masih hidup saya nak sangat minta maaf dekat dia sebab tak dapat nak selamatkan dia. Tapi saya sentiasa doakan dia. Kalau kita doakan dia dekat sana, saya percaya dia akan bantu kita dekat sini, Insyallah.

Jumaat lalu, Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Datuk Azman Abdullah, membebaskan Muhammad Akmal daripada tuduhan mencederakan Zulfarhan. Manakala, 18 orang tertuduh yang lain perlu membela diri dalam kes mencederakan dan membunuh Zulfarhan.

Sumber: Mstar

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×