Andi

Perkongsian di platform X milik Andi Bernadee mencuit perhatian netizen apabila aktor itu secara seloroh membuat perkhidmatan kejut bangun sahur.

Artikel Berkaitan: Andi Bernadee Perlu Elak Cuaca Panas & Makanan Pedas, Syukur Tak Kacau Peti Suara

Artikel Berkaitan: Tak Nak Sejarah Raya ‘Last Minute’ Berulang, Andi Bernadee Beli Tiket Balik Kampung Awal Dua Hari

Pakej sahur

Andi

Menerusi hantaran dibuat, perkhdimatan atau servis yang ditawarkan mengandungi beberapa pakej. Antaranya kejut biasa, versi ‘baby’ dan versi sayang.

Kejut biasa RM1o, kejut version ayang RM35.50, kejut version baby RM50 (tambah RM5 ada muah dekat hujung).

Kejut bro-br0 RM5 dan kejut lagi 3 minit dah nak azan RM2.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata wargamaya berasa terhibur selain ada yang teringin untuk melanggan servis ditawarkan.

Malah ada juga segelintir netizen yang seloroh bertanyakan mengenai cara pembayaran.

Sumber: X