berita

Andi Bernadee Spontan Ajar BamBam Got7 Sebut ‘Mak Kau Hijau’ – ‘Saya Dah Terangkan Maksud Dan Dia Hanya Gelak’

January 5th, 2022 | by Zulaikha
Kini Trending

Penyanyi dan pelakon Andi Bernadee bertuah apabila dapat bertemu dan memperoleh ilmu daripada ahli kumpulan dari Korea Selatan Got7 iaitu BamBam.

Perkongsian Andi mengajar BamBam bercakap dalam Bahasa Melayu menjadi trending di laman Twitter, semalam.

Hanya gurau sahaja

 

View this post on Instagram

 

A post shared by #KaisPagiKaisPetang (@andibernadee)

Ketika dihubungi, Andi menyatakan video itu dirakam ketika dia dan BamBam menjalani penggambaran program Master In The House Malaysia di Korea Selatan, pada awal November tahun lalu.

Menurut Andi, 31, video itu dirakam secara spontan dan hanya sekadar gurauan. Katanya lagi, dia sudah menjelaskan maksud ‘Mak Kau Hijau’ kepada penyanyi berusia 25 tahun itu.

Video itu dirakam spontan semasa kami menjalani penggambaran program Master In The House Malaysia di Korea Selatan. Saya saja bergurau dengan mengajar dia yang bahasa sering digunakan netizen di media sosial.

Bukan nak ajar ayat yang tak elok, itu hanya gurau-gurau sahaja. Saya pun dah terangkan maksud Mak Kau Hijau itu dan dia hanya gelak-gelak sebab lucu. Sebenarnya dia pun ada ajar bahasa-bahasa kasar dalam bahasa Korea.

Saya pun tak sangka video itu menjadi trending dan ramai pula yang komen. Buat masa ini tak ada yang marah pun, mereka turut terhibur tengok BamBam cakap ayat viral itu.

BamBam layan baik

Dalam pada itu, pemilik nama Andi Azrul Andi Mapangile mendedahkan BamBam seorang bintang yang sangat merendah diri.

Berkongsi pengalaman menjalani penggambaran selama dua hari, pelantun lagu Donde berkata BamBam sangat mudah untuk bekerjasama serta tidak lokek ilmu.

Dua hari penggambaran bersama BamBam, dia memang sangat humble, dia layan kami sangat baik. Tak ada pun meletakkan dirinya sebagai seorang superstar.

Saya memang kagum dengan peribadi BamBam… sangat mudah bekerjasama dengannya, kami berbual bersama, makan bersama dan belajar bahasa masing-masing.

Kalau nak tengok ayat apa lagi yang saya ajar dia kena tonton program ini nanti. Apa yang saya kongsi di Instagram itu hanya sikit sahaja, lebih banyak yang menarik akan dikongsikan dalam program itu nanti.

Sebelum ini, pelakon drama Melastik Ke Hatimu memuat naik video mengajar BamBam menyebut ayat ‘Mak Kau Hijau’ yang merupakan ayat viral di media sosial.

Selain Andi, program Master In The House Malaysia turut menampilkan empat lagi selebriti iaitu Hael Husaini, Scha Elinnea, Sharifah Rose dan Meyrasam yang akan berguru dengan ‘master’ disegani dari Malaysia dan Korea.

Bintang terkenal yang menjadi master mingguan ialah BamBam, Datuk Seri Siti Nurhaliza, Datuk Yusof Haslam, Datuk Rashid Sidek, koreografer kumpulan Kpop BTS iaitu Son Sung Deuk, Sherson Lian dan Usamah Zaid.

Program Master In The House Malaysia ini akan menemui penonton mulai 15 Januari ini pada jam 10 malam.

Sumber: Instagram @andibernadee

SKIP THIS AD ×