Kisah rumah tangga pengacara dan pelawak, Andre Taulany, bersama isterinya, Erin Wartia Trigina, sekali lagi menjadi tumpuan orang ramai.

Artikel Berkaitan: Selepas 10 Tahun Berkahwin, Nubhan Ceraikan Isteri

Artikel Berkaitan: Kantoi Terlanjur Dengan Kekasih Janda, Suami Ceraikan Isteri Talak Tiga Melalui SMS

Sikap boros

Menerusi dokumen permohonan cerai talak yang tular di media sosial, salah satu alasan Andre memfailkan penceraian terhadap Erin didakwa berpunca daripada tabiat boros isterinya.

Dalam salinan dokumen yang difailkan di Mahkamah Syariah Tigaraksa, Tangerang, Andre mendakwa bahawa Erin sering memesan makanan mewah melalui aplikasi GoFood sehingga membabitkan perbelanjaan puluhan juta rupiah setiap bulan.

Sepanjang enam bulan kebelakangan ini, sejak pemohon tidak lagi tinggal bersama defendan dan anak-anak, defendan didakwa kerap memesan makanan-makanan mewah melalui aplikasi Gojek, dengan jumlah yang boleh mencecah Rp2 juta sehari (RM500).

Jika dikira secara bulanan, perbelanjaan tersebut dianggarkan antara Rp40 hingga Rp50 juta (RM10,000 hingga RM15,000).

Tambah Andre, tindakan tersebut mencerminkan sifat boros yang tidak wajar dipertahankan oleh seorang isteri.

Dalam dokumen tersebut turut dinyatakan, walaupun telah memberikan wang belanja, Andre tetap terpaksa menanggung kos pesanan makanan itu kerana rasa simpati terhadap penghantar makanan yang sudah datang menghantar.

Tiga kali permohonan cerai

Untuk makluman, permohonan cerai ini merupakan kali ketiga Andre memfailkan permohonan cerai talak terhadap Erin Wartia di Mahkamah Syariah Tigaraksa, Tangerang.

Andre pertama kali memfailkan permohonan cerai pada April 2024, namun telah ditolak oleh panel hakim pada September 2024 kerana alasan pertengkaran berterusan didapati tidak terbukti. Hakim menyatakan bahawa masalah rumah tangga mereka lebih berpunca daripada kurangnya komunikasi.

Tidak habis di situ, Andre sekali lagi memfailkan permohonan cerai baharu di Mahkamah Syariah Tigaraksa pada April 2025.

Bagaimanapun, panel hakim sekali lagi menerima bantahan daripada pihak Erin atas alasan bahawa mahkamah tidak mempunyai bidang kuasa kerana dia kini menetap di kawasan yang berada di bawah bidang kuasa Mahkamah Syariah Jakarta Selatan.

Selepas tiga kali gagal, Andre Taulany akhirnya memindahkan kes cerainya ke Mahkamah Syariah Jakarta Selatan pada 12 September 2025.

Sumber: Kompas.com