
Aktor Andy Teh menyifatkan rakan seperjuangannya, Fadlan Hazim sebagai seorang pelakon yang berbakat besar dan berpotensi untuk pergi jauh dalam industri seni.
Artikel Berkaitan: Takut Kisah Seram, Fadlan Hazim Terima Tawaran Filem Nar’Sata Kerana Isteri – ‘Tak Berani Sebab Pernah Ada Pengalaman Dirasuk’
Artikel Berkaitan: Fadlan Hazim Dedah Pernah Dibenci Penonton Gara-Gara Bawa Watak Jahat – ‘Saya Kena Hempuk & Hampir Diludah’
‘Fadlan seorang pelakon berbakat’

Mengulas mengenai pengumuman Fadlan yang mahu berehat daripada industri seni kerana merasakan dirinya tidak dihargai, Andy Teh atau nama sebenarnya Andy Teh Kim Huat, 40, ketika ditemui OhBulan! mengakui setiap perjalanan seni tidak terlepas daripada cabaran.
Namun, pelakon filem Blood Brothers ini percaya Fadlan memiliki potensi besar untuk terus berjaya serta banyak lagi kelebihan yang boleh diketengahkan dalam dunia lakonan.
Fadlan adalah seorang pelakon berbakat dan ada masa depan yang cerah. Bagi pendapat saya, banyak lagi bakat dia yang masih belum menyerlah.
Susulan daripada itu, Andy menitipkan nasihat buat Fadlan agar tidak mudah berputus asa dalam mengejar impian seni.
Jangan putus asa, awak sangat berbakat. Mungkin kadang-kadang awak dah cuba macam-macam tapi masih belum ada rezeki dan peluang.
‘Saya tak pernah terfikir untuk berhenti berlakon’

Sementara itu, apabila ditanya mengenai perjalanan seninya sendiri, Andy Teh menegaskan bahawa dia tidak pernah terlintas untuk berhenti atau berputus asa dalam bidang lakonan.
Sebaliknya, dia berpandangan masih banyak ilmu dan pengalaman yang perlu digali bagi menjadikan dirinya seorang pelakon yang berkualiti.
Saya tak pernah terfikir untuk berhenti berlakon atau berputus asa, banyak lagi benda yang saya perlu belajar.
Mungkin ramai beranggapan saya berada pada tahap yang tinggi, tapi saya masih ‘baby’ (baru belajar) untuk meneroka industri seni tempatan dan saya memasang impian untuk tembus pasaran antarabangsa.
Terdahulu, pemilik nama Fadlan Hazim Anuwar memilih untuk berehat seketika daripada dunia lakonan kerana merasakan usaha dan bakatnya dalam industri seni kurang dihargai.
Dia juga mengakui agak penat penat kerana komitmennya selama bertahun-tahun akhirnya berakhir dengan kekecewaan.








![[VIDEO] Khairul Aming Jaga Keberkatan Perniagaan – ‘Jangan Guna Kejatuhan Orang Lain Untuk Naikkan Sales Kita’](https://asset.ohbulan.com/2026/08/khairul-aming.jpg)