berita

Angelina Jolie Buang Payudara Untuk Elak Kanser

May 15th, 2013 | by Ai
Kini Trending

Screen Shot 2013-05-15 at 12.07.47 PM

Bukan mudah bagi seorang wanita untuk membuang sesuatu dari mereka, apa lagi apabila ia merupakan simbol kejelitaan dan keyakinan seorang wanita, payudara mereka.

Namun itulah yang terpaksa ditanggung oleh pelakon popular, Angelina Jolie. Selebriti berusia 37 tahun ini mengambil keputusan untuk membuang payudaranya selepas keputusan ujian DNA-nya menunjukkan dia mempunyai gen kanser jenis BRCA1. Gen ini diketahui mampu menyebabkan Angelina menghidap kanser payudara dan juga kanser ovari.

Namun, keputusan yang diambil Angelina ini bukan saja menjadi perhatian peminat, malah rakan selebriti turut mengucapkan tahniah dan memberikan sokongan apabila aktress ini dengan beraninya mendedahkan pada umum tentang pembedahan yang dilaluinya.

“Saya memuji Angelina Jolie kerana keberaniannya untuk berkongsi cerita hari ini mengenai pembedahan maktestominya. Sangat berani!

“Tuan-tuan, sila lihat cerita Angelina Jolie hari ini, terutamanya jika anda mempunyai kanser payudara dalam sejarah keluarga anda,” tulis Sheryl Crow dalam akaun Twitter-nya.

Screen Shot 2013-05-15 at 12.08.44 PM

Angelina bersama suaminya, Brad Pitt.

Antara rakan selebriti lain yang turut menyokong tindakannya ini juga termasuklah Giuliana Rancic, Elizabeth Banks dan Kristen Bell.

Masing-masing kagum dengan Angelina yang berani menggunakan statusnya sebagai selebriti untuk mendidik masyarakat mengenai kanser payudara.

Untuk pengetahuan, Angelina Jolie telah menjalani pembedahan membuang payudaranya sekitar Februari hingga April yang lalu. Dia dijangkakan akan melakukan pembedahan ketiga pada awal tahun 2014 untuk membentuk semula payudaranya dan memasukkan implan.

Apa pun, kepada wanita diluar sana, buatlah pilihan yang betul.

Sumber : Contact Music

SKIP THIS AD ×