berita

Anggap Dah Selesai, Raja Farah Tak Mahu Panjangkan Isu – ‘Jiwa Saya Agak Tak Stabil Tapi Saya Okay’

October 21st, 2021 | by Iera Zahirah
Kini Trending

Sebelum ini, pelakon Raja Farah mengakui berasa malu serta tidak dihormati sebagai seorang wanita dan isteri apabila seorang pelakon lelaki dipercayai menceritakan salah satu babak lakonan dalam filem Anak Halal yang telah membabitkan namanya.

Artikel berkaitan : Mohon Henti Sebar Video, Khir Rahman Persoal Kenapa Hanya ‘Part’ Fauzi Nawawi Tersebar – ‘Saya Tak Pasti Kalau Ada Pihak Yang Tidak Berpuas Hati’

Artikel berkaitan : ‘Memang Salah Saya, Saya Jahil’ – Fauzi Nawawi Mohon Maaf, Tiada Niat Nak Malukan Raja Farah

Artikel berkaitan : Viral Pelakon Kongsi Pengalaman Babak Rogol, Suami Raja Farah Anggap Ianya Memalukan – ‘Itu Tentang Aib & Kehormatan Wanita’

Meskipun jiwanya terganggu, namun Raja Farah menganggap isu berkenaan sudah selesai dan berharap agar perkara seperti itu tidak berulang kembali.

Akui jiwa agak tak stabil

Raja Farah turut mengakui bahawa jiwanya agak tidak stabil  dengan apa yang telah terjadi, namun dia berada dalam keadaan baik kerana suaminya banyak memberi sokongan.

Jiwa saya agak tak stabil tapi saya sudah okay sekarang. Suami banyak bagi sokongan. Saya buat saja semua aktiviti harian saya. InsyaAllah.

Ujarnya lagi, dia masih tidak menerima sebarang permohonan maaf secara peribadi daripada pengacara program bual bicara berkenaan iaitu Khir Rahman walaupun permohonan maaf itu sudah dibuat di Instagram.

Sejujurnya, saya tak ada terima sebarang permohonan maaf daripada abang Khir tapi saya tengok dia ada cuba cari nombor telefon saya. Namun, dia tidak ada DM atau apa-apa.

Hanya daripada abang Fauzi dan isteri saja. Kalau abang Fauzi, dia ada DM saya dan memuat naik di Instagram. Bagi saya, lebih baik mohon maaf terus kepada saya.

Tak mahu panjangkan isu

Pemilik nama Raja Farah Raja Aziz turut memaklumkan bahawa dia enggan memanjangkan isu berkenaan dan menganggap segalanya sudah selesai.

Sebenarnya saya tak ada nak komen sangat. Ini kerana secara asasnya perkara ini sudah selesai. Cuma, sudah tentu saya harap sangat perkara seperti ini tidak terjadi lagi kepada sesiapa.

Walau bagaimanapun, pelakon berusia 33 tahun itu berharap agar selepas ini pihak yang terbabit akan lebih peka mengenai isu-isu sensitif dalam menghasilkan kandungan.

Saya harap semua pihak yang terbabit dalam mana-mana program bual bicara akan lebih sensitif dalam menghasilkan apa-apa kandungan.

Sumber : Harian Metro

SKIP THIS AD ×