
Anggota kumpulan ‘Sekumpulan Orang Gila’ (S.O.G) iaitu Raja Nazrin Shah mendedahkan tentang pengambilan makanan yang diamalkan selepas meraih pujian kerana kecerdikannya.
Artikel Berkaitan: ‘Sekumpulan Orang Gila’ Teka Negara Hanya Dengan Tengok Peta, Netizen Terkesima – ‘Apa Yang Pandai Sangat Ni?’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Jawab Soalan Matematik Sepantas Kilat & Betul, ‘Sekumpulan Orang Gila’ Bikin Netizen Terpegun
Rahsia bijak

Menerusi hantaran di TikTok, seorang warganet bertanya kepada Raja Nazrin rahsia menjadi seorang individu yang bijak.
Ada makan apa-apa yang istimewa ke? Beras perang atau kismis? Tolong bagi tips.
Pemenang Anugerah Juara Lagu ke-36 itu kemudian berkongsi amalan pemakanan yang disediakan oleh arwah bapanya.
Dulu arwah bapa selalu bagi kami minum pati ayam Brands dan Scott’s Emulsion (cecair dan pil).
Kami minum air suam sahaja, tak ada ais sampailah kami sekolah menengah.
Hidap asma

Menurut pelantun lagu Pelukan Angkasa itu, pemakanan tersebut diamalkan oleh dia dan adiknya, Raja Nazmin kerana mereka penghidap penyakit asma.
Ini semua sebab kami ada penyakit asma yang kronik sejak lahir.
Selain dari itu kami tak makan sayur.
Terdahulu, tular video yang memaparkan kecekapan Raja Nazrin dan Raja Nazmin menjawab soalan matematik dan kepantasan meneka nama-nama negara di peta dunia.
Hantaran tersebut meraih pelbagai pujian daripada warganet dengan menyifatkan mereka sebagai ‘Sekumpulan Orang Genius’.
Sumber: TikTok Raja Nazrin Shah







