
Anggur Shine Muscat merupakan sejenis buah yang semakin mendapat perhatian ramai kerana rasanya manis secara semula jadi.
Artikel Berkaitan: Kenali Khasiat Matcha: Mampu Hindari Virus Covid-19 & Penyakit Jantung
Artikel Berkaitan: Sedap Tapi Bahaya! Ini Risiko Minuman Berkarbonat Terhadap Kesihatan
Gabungan dua jenis anggur

Jenis anggur ini terhasil daripada gabungan dua variati iaitu anggur Akitsu-21 dan anggur Hakunan, yang disenyawakan untuk menghasilkan baka baharu.
Anggur Shine Muscat menampilkan tekstur rangup dan warna kehijauan, menjadikannya antara buah import yang paling mendapat permintaan tinggi di pasaran.
Selain keenakan rasanya, Shine Muscat turut menawarkan pelbagai manfaat dari segi kesihatan.
Kandungan vitamin C yang tinggi di dalam anggur ini membantu menguatkan sistem imun, manakala bahan antioksidan di dalamnya melindungi sel badan daripada penyakit kronik seperti kanser dan masalah jantung.
Buah ini juga kaya dengan nutrien penting termasuk vitamin K dan kalium, yang menyokong fungsi badan secara menyeluruh.
Dari aspek pencernaan, serat yang terkandung dalam anggur ini membantu melancarkan pergerakan usus dan mencegah sembelit, sekali gus menyokong kesihatan sistem penghadaman.
Tambahan pula, sebatian semula jadi seperti polifenol dan resveratrol juga memberi kesan positif kepada tubuh dengan meningkatkan aliran darah, membantu mengawal tekanan darah, serta mengurangkan pembentukan plak dalam salur darah.
Manfaat anggur Shine Muscat turut meliputi penjagaan kulit, dengan kombinasi vitamin C dan antioksidannya membantu mengekalkan keanjalan kulit wajah dan menyokong pembaharuan sel kulit.
Sumber: e Central








