Peguam mewakili isteri kepada penyanyi Nubhan iaitu Datuk Akberdin Abdul Kadir memaklumkan perkembangan terkini mengenai individu yang mengeluarkan kenyataan berhubung rumah tangga anak guamnya, Dr Afifah Hidayah Ahmad Tawfek.

Artikel Berkaitan: Dr Afifah Berjaya Dapatkan Hak Jagaan Anak, Nubhan Diberi Lawatan Sebulan Dua Kali

Artikel Berkaitan: ‘Kali Pertama Diceraikan Ketika Saya Hamil Enam’ – Isteri Nubhan Akui Masih Sayangkan Keluarga

Saman

Ketika ditemui OhBulan!, Akberdin mengesahkan daripada pihaknya mengenai notis yang dihantar kepada individu terlibat.

Ujarnya, tempoh masa yang diberikan berbaki sedikit namun masih tiada sebarang respon.

Setakat ini belum ada sebarang maklum balas dari pihak sana, tempoh masa yang diberikan dalam notis berkenaan juga masih berbaki sedikit sebelum tindakan lanjut diambil.

Sekiranya masih tidak ada sebarang respon selepas notis tamat, kita akan bawa kes ini ke mahkamah dan failkan di sana, kemudian mahkamah yang akan putuskan.

Akberdin berkata demikian sejurus selesai prosiding hadanah di Mahkamah Tinggi Syariah, Shah Alam pada Rabu.

5 juta

Sementara itu, Akberdin mengulas lanjut isu tuntutan daripada ibu kepada Dr Afifah, Zailah Zainudin yang bernilai RM5 juta.

Menurut Akberdin, tuntutan itu hanyalah anggaran dan akan ditetapkan oleh mahkamah bagi jumlah akhir.

Angka itu hanyalah anggaran, pada peringkat ini kita boleh sebut nak tuntut RM 5 juta, RM 10 juta atau RM 20 juta tapi keputusan akan ditetapkan oleh mahkamah juga akhirnya.

Isu-isu selepas bercerai seperti mutaah, harta sepencarian, nafkah iddah akan diselesaikan secara berperingkat.

Jadi pada 2 Disember ini kita akan bereskan isu cerai dulu, setelah itu mahkamah akan sahkan pula berkaitan lafaz rujuk, kemudian barulah kita boleh selesaikan hal lain secara berperingkat.

Imbas kembali, seorang pengguna berkongsi tangkap layar beberapa dakwaan yang menjadi punca pelantun lagu ‘Ada Untukmu’ tawar hati pada rumah tangganya.

Dakwa seorang pengguna Threads, ibu mentua Nubhan menuntut RM5 Juta bagi pampasan jika nekad untuk menceraikan Dr Afifah.

Selain itu, Nubhan turut didakwa perlu membahagikan harta secara sama rata dengan 50 peratus milik Dr Afifah Hidayah.

Untuk rekod, Nubhan dan Dr. Afifah mendirikan rumah tangga pada 29 Ogos 2015 dan hasil perkahwinan itu mereka dikurnikan tiga cahaya mata iaitu Aafiya Kamilia, 8, Ahmad Aaffan, 6, dan Afzan Nayille, 3 tahun.