berita

Angka Kematian Cecah 7 Orang, Korea Selatan Umum Amaran Tahap Tertinggi Wabak Covid-19

February 24th, 2020 | by Shahira
Kini Trending

Wabak coronavirus atau Covid-19 dilihat masih belum reda malah angka kematian semakin meningkat dari hari ke hari. Terbaru, Korea Selatan merupakan salah satu negara yang telah mencatat jumlah kes tertinggi di luar China.

161 kes baharu

Menerusi laporan AFP, Korea Selatan kini telah mengumumkan amaran tahap tertinggi susulan daripada 161 kes baharu sekaligus menjadikan jumlah pesakit yang dijangkiti wabak ini adalah sebanyak 763 jangkitan.

Menurut sumber dari Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Korea (KCDC), sebanyak 115 kes mempunyai kaitan dengan kes yang dicatatkan berlaku di sebuah gereja di bandar selatan Daegu di mana seorang wanita berusia 61 tahun disahkan positif covid-19. Pihak KCDC masih menyiasat punca sebenar bagaimana wanita ini boleh dijangkiti wabak tersebut sedangkan dia langsung tidak mempunyai rekod perjalanan ke luar negara.

Umum tahap amaran tertinggi

Bukan itu sahaja, KCDC turut melaporkan kematian ketujuh di mana seorang pesakit lelaki berusia 62 tahun di sebuah hospital di Cheongdo disahkan meninggal dunia. Susulan daripada peningkatan wabak Covid-19, Presiden Korea Selatan, Moon Jae-in telah mengumumkan amaran tertinggi disamping mengambil langkah drastik untuk menangani masalah ini daripada terus menular.

Insiden Covid-19 menghadapi titik perubahan serius. Hari mendatang akan menjadi sangat genting. Justeru, kerajaan akan menaikkan amaran ke tahap tertinggi berdasarkan nasihat pakar.

Difahamkan juga, berikutan daripada wabak ini, kerajaan Korea turut melanjutkan cuti sekolah dan tadika selama seminggu. Mereka juga turut merancang untuk menguatkuasakan pemantauan dua minggu yang lebih ketat terhadap ketibaan dari China.

Sumber: AFP, Today Online, Berita Harian

SKIP THIS AD ×