berita

Angka Korban Tragedi Terowong Banjir Di Korea Meningkat Sebanyak 49 Orang

July 18th, 2023 | by Yong
Kini Trending

Banjir kilat yang melanda, Cheongju, Korea Selatan telah meragut puluhan nyawa.

Artikel Berkaitan: ‘Saya Tak Benarkan Anak & Isteri Naik Motor’ – Bapa Tak Sangka Anak Maut Kemalangan Ketika Naik Bas

Penemuan mayat

Menurut agensi berita Yonhap, laluan bawah tanah Osong, Cheongju dinaiki air pada hari Khamis lalu apabila sungai berhampiran melimpah akibat benteng runtuh. Berikutan daripada itu, 17 kenderaan termasuk sebuah bas telah terperangkap dalam air.

Menurut Kementerian Dalam Negeri, mereka berjaya menemui 41 mayat, manakala sembilan orang masih dilaporkan hilang dan dipercayai tertimbus akibat kejadian tanah runtuh di beberapa kawasan wilayah utara Chungcheong.

Walau bagaimanapun, operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa masih giat dijalankan.

Sehubungan itu, Presiden Yoon-Suk-Yeol mengarahkan Perdana Menteri, Han Duck-Soo menggerakkan semua agensi dan aset kerajaan berkaitan bencana dalam menjalankan operasi (SAR).

Sumber: Reuters

SKIP THIS AD ×