berita

Angkara Dendam & Cemburu, Pemandu Lori Maut Dipukul Lima Rakan

March 1st, 2023 | by Shahira
Kini Trending

Sekadar gambar hiasan

Seorang pemandu lori maut dipukul di sebuah kondominium di Taman Perindustrian Bukit Serdang, Seri Kembangan dipercayai angkara dendam dan cemburu.

Maut dipukul lima individu

Sekadar gambar hiasan

Menurut Ketua Polis Daerah Serdang iaitu Asisten Komisioner A.A Anbalagan, mangsa telah didatangi oleh suspek utama bersama empat rakannya yang lain. Mangsa kemudian dipukul sebelum dia dibawa keluar dari rumah sewa tersebut oleh kesemua suspek.

Adik mangsa kemudian melaporkan kepada pihak polis selepas menerima panggilan daripada teman wanita mangsa yang memaklumkan bahawa abangnya telah dipukul.

Bagaimanapun, sekitar jam 11.30 pagi, rakan adik mangsa menerima panggilan telefon daripada suspek utama memberitahu mangsa berada di wad kecemasan Hospital Cyberjaya. Adik mangsa kemudian ke hospital dan dimaklumkan abangnya sudah meninggal dunia akibat kecederaan parah.

Laporan perubatan mendapati mangsa bengkak dan lebam di kedua-dua belah mata, luka di hidung dan pendarahan di kedua-dua belah telinga. Punca kecederaan adalah disebabkan Blunt Force Trauma.

Susulan daripada itu, pihak polis masih mengesan kelima-lima suspek yang masih bebas. Motif pembunuhan dipercayai kerana dendam dan cemburu suspek utama terhadap mangsa. Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Sumber: Kosmo

SKIP THIS AD ×