berita

Angkara Dendam Lama, Wanita Simbah Air Panas Pada Pemuda OKU

April 22nd, 2024 | by Shahira
Kini Trending

Gara-gara dendam lama, seorang wanita bertindak menyimbah lelaki orang kurang upaya (sindrom down) dengan air panas dalam kejadian di pangsapuri di Bayan Lepas, Jumaat lalu.

Simbah air panas pada pemuda OKU

Menurut Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan Kamarul Rejal Jenal, suspek, 39, dan mangsa, 33, saling mengenali dan tinggal dalam kawasan bangunan flat yang sama.

Siasatan awal polis mendapati punca (kejadian) adalah disebabkan perselisihan faham terhadap mangsa yang telah berlaku sekitar tiga ke empat tahun lepas. Saya rasa (suspek) kenal muka sebab tinggal di flat sama.

Pihak polis akan majukan untuk kita dapatkan rawatan lanjut terhadap suspek jika suspek mempunyai masalah mental di hospital.

Difahamkan, pihak polis sedang melengkapkan kertas siasatan kes berkenaan selain mengambil keterangan daripada tiga orang saksi.

Sebelum ini, media melaporkan suspek bertindak menyimbah air panas ke arah pemuda OKU dan bukannya asid seperti yang didakwa ramai. Akibat daripada tindakan tersebut, mengalami kecederaan melecur pada sebahagian belakang dan depan badan.

Mangsa kini dirawat di Hospital Pulau Pinang (HPP) dan dilaporkan dalam keadaan stabil.

Sumber: Astro Awani

SKIP THIS AD ×