berita

Angkat Kisah James Brooke, Filem Rajah Bakal Pecah Panggung Bermula Hari Ini

March 9th, 2023 | by Shahira
Kini Trending

Setelah hampir 13 tahun penantian, akhirnya filem yang mengangkat sejarah Rajah Putih pertama Sarawak, Sir James Brooke (1803-1868) akan ditayangkan di pawagam seluruh negara bermula hari ini (9 Mac).

Penantian 13 tahun berakhir

Filem yang diarahkan oleh Michael Haussman dengan penceritaan ditulis oleh Rob Allyn mengisahkan pengembaraan James Brooke sejak mula berlayar ke Borneo yang pada ketika itu masih berada di bawah kawalan kesultanan Brunei pada 1839.

Filem Rajah ini juga turut menampilkan barisan pelakon berbakat seperti Jonathan Rhys Meyes, Josie Ho, Bront Palarae, Shaheizy Sam dan ramai lagi.

Sementara menurut Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Margate House Films, Rob Allyn, dia mula tertarik dengan kisah kehidupan James Brooke selepas mengenali tokoh tersebut melalui nota dalam sebuah novel hasil penulisan George MacDonald Fraser pada tahun 2009. Tambahnya lagi, idea pembikinan filem ini pula tercetus selepas dia membaca sebuah buku bertajuk ‘Raja Putih Sarawak’.

Saya mengambil masa selama tiga tahun memikirkan untuk menghasilkan filem ini. Penulisan skrip filem ini bermula pada 2013 sejurus saya dan pasukan produksi bersetuju untuk menjadikan penceritaan ini sebagai sebuah filem.

Rajah merupakan filem terbitan, Margate House Films dan 852 Film dengan kerjasama Kementerian Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan dan Sukan Sarawak itu diterajui Jonathan Rhys Meyers yang memegang watak James Brooke.

Pembikinan filem Rajah adalah hasil pelaburan bersama antara empat negara iaitu Malaysia, China, Amerika Syarikat dan United Kingdom. Malah, dana tunai sebanyak 30 peratus daripada Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) turut disalurkan kerana pihak produksi terbabit memilih Malaysia sebagai lokasi penggambaran dengan kerjasama syarikat produksi tempatan.

SKIP THIS AD ×